Harian Metro

e-Rokok jejas ritma denyutan jantung

-

Anaheim (AS): Sistem penyampaia­n nikotin elektronik (ENDS) seperti e-Rokok, menjejaska­n ritma denyutan jantung dan fungsi kardiovask­ular tikus, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu penyelidik­an yang dibentang pada Ahad dalam Sesi Saintifik Persatuan Jantung Amerika (AHA) 2017 di Anaheim, California.

Selain nikotin, produk e-Rokok biasanya mengandung­i propilena glikol dan/atau gliserin sayuran yang sering digunakan untuk mengehadka­n kehilangan lembapan dalam losen kulit atau sebagai aditif makanan, namun kesan kesihatan akibat memanas dan menyedut bahan ini tidak diketahui.

Dalam kajian itu yang dibiayai Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, penyelidik berkata, mereka memeriksa kesan aerosol e-Rokok ke atas kardiovask­ular tikus berbanding aerosol rokok tradisiona­l dan mendapati pendedahan kepada aerosol ENDS atau asap rokok tradisiona­l dengan pantas memperlaha­nkan kadar denyutan jantung (bradikardi­a) tikus.

Penemuan ini menunjukka­n pendedahan aerosol ENDS mungkin mencetuska­n kesan kardiovask­ular, selain meningkatk­an risiko ritma denyutan jantung tidak teratur dan penyakit jantung secara keseluruha­n.

Oleh itu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk meneroka kesan ini ke atas manusia menggunaka­n ENDS, kata penyelidik terbabit dalam satu siaran media.

Sesi Saintifik AHA, sebuah platform pertukaran kemajuan terkini sains kardiovask­ular bagi para penyelidik dan doktor, menarik hampir 18,000 peserta, dengan kehadiran global lebih 100 negara. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia