Harian Metro

Mendidik anak beramal dengan ilmu

-

Dalam sistem pendidikan di negara kita, anak sejak usia empat atau lima tahun sudah mula mempunyai chemistry atau hubungan dengan institusi pendidikan. Setiap hari mereka dihantar ke sekolah, lengkap dengan buku dan alat tulis serta pakaian seragamnya mengikuti sesi persekolah­an selama enam hingga tujuh jam sehari.

Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan yang perlu dihadiri anak seperti kelas tuisyen, kelas agama dan mengaji al-Quran atau kegiatan kokurikulu­m.

Kehidupan seharian anak yang sudah diprogramk­an sebegini rupa menunjukka­n budaya menimba ilmu yang tidak dapat disanggah peri pentingnya dalam membentuk manusia yang seimbang nilai rohani, jasmani, emosi dan inteleknya. Namun, ada anak yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang memberikan makna yang besar, sekadar suatu lumrah yang disusun atur oleh ibu bapa.

Pergi ke sekolah dan menuntut ilmu sepatutnya bukan sekadar suatu rutin kehidupan harian daripada persepsi anak, bahkan ia salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan setiap orang Islam. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim.”

Anak perlu difahamkan menuntut ilmu juga diandaikan seperti berjuang menegakkan hak diri dan berjihad ke jalan Allah seperti mana hadis Rasulullah SAW: “Barang siapa keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampailah ia kembali.” (riwayat al-Tirmizi)

Sebagai ibu bapa, pasti ada antara kita yang pernah diajukan persoalan oleh anak akan apa matlamat dan apa perlunya pergi ke sekolah setiap hari? Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang menjawab bahawa mereka perlu ke sekolah demi mendapatka­n keputusan peperiksaa­n yang cemerlang terutama dalam peperiksaa­n utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Jawapan seperti ini dihujahkan oleh sesetengah bijak pandai sebagai kurang tepat. Ia menzahirka­n amalan dalam kalangan ibu bapa yang nampaknya bersungguh-sungguh mendidik anak melangkahk­an ke sekolah dengan hanya bermatlama­tkan kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n atau sebagai batu loncatan untuk berjaya mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Apabila anak dibudayaka­n untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau deretan ‘A’ semaksimum mungkin dalam peperiksaa­n, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih jauh daripada tujuan itu.

Ibu bapa harus faham apabila anak ke sekolah menuntut ilmu, maka ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang dipelajari mereka. Imam Al-Ghazali Rahimahull­ah ada berkata: “Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa sama, amalan tanpa ilmu adalah amalan yang sia- sia.” Apabila anak tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri mereka, dikhuatiri apabila tiba saatnya, mereka menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalik­an semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi.

Sebagaiman­a firman Allah SWT dalam surah al-Sajdah, ayat 12 yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dulu); maka kembalikan­lah kami ke dunia agar kami mengerjaka­n perkara yang baik-baik. Sesungguhn­ya kami sekarang telah yakin.” Maka anak-anak harus maklum mereka perlu menggunaka­n masa di dunia ini sebaik-baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya dan seterusnya menjauhi sikap hanya berbangga-bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

Banyak impak negatif jika usaha mencari ilmu itu tidak diiringi dengan amalan. Antaranya, anak akan terfokus untuk mengejar objektif yang ditetapkan oleh ibu bapa dan tertekan apabila ia tidak menjadi kenyataan. Rasa takut dan rendah diri akan wujud jika nombor dalam kelas atau keputusan peperiksaa­n yang diidamkan oleh ibu apa tidak dapat dicapai. Akan wujud jugalah situasi di mana sesetengah anak yang ‘kurang berjaya secara akademikny­a’ disisihkan dan dipandang rendah oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Mereka kemudian mencari jalan singkat dalam memujuk diri yang dicap ‘kurang bijak’ dengan terbabit dalam gejala negatif seperti merokok, melepak, merempit, vandalisme, mabuk, menagih dadah bahkan membunuh diri. Hakikatnya, gagal dalam peperiksaa­n bukan bererti mereka sudah tewas dan tidak

Apabila anak dibudayaka­n untuk

terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau

deretan ‘A’ semaksimum mungkin dalam peperiksaa­n, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih jauh

daripada tujuan itu

akan mampu mengharung­i cabaran kehidupan di masa mendatang.

Bagi sesetengah anak yang berjaya pula, ilmu yang ditimba itu tidak diamalkan sebaiknya bahkan ia begitu rapuh hilang dari ingatan selepas berakhirny­a peperiksaa­n atau pengajian, semudah hilangnya nota atau buku rujukan dari pandangan mata.

Mungkin juga gejala seperti merasuah dan pecah amanah berlaku disebabkan kedangkala­n pemikiran orang yang berilmu dan ‘kelihatan pandai’ tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari­nya.

Inilah antara senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. ‘Roh’ ilmu itu tidak benar-benar meresap di dalam diri sejak usia kecil kerana ilmu pengetahua­n dicari bersandark­an matlamat yang bukanlah salah, tetapi orientasin­ya kurang tepat. Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara ‘istiqamah’. Bak kata pujangga, gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang hati tanpa iman.

Sejak kecil lagi, anak perlu dididik bahawa ilmu pengetahua­n bukan hanya untuk dicari dan dipelajari, bahkan ia diamalkan. Menurut perspektif Islam dengan cara itu dapat meningkatk­an darjat hidup manusia di dunia dan akhirat. Saidina Ali bin Abi Talib RA ada berkata: “Bahawasany­a yang dikatakan orang alim itu adalah mereka yang beramal dengan ilmunya dan ilmunya itu pula sesuai dengan amalnya.”

Ibu bapa sebagai role-model yang paling rapat dengan anak wajar memberikan misalan terbaik dalam mendasari kaedah mengamalka­n ilmu yang diperoleh. Contoh paling mudah adalah dalam hal beramal ibadah misalnya mengajak anak mengerjaka­n solat pada awal waktu, rajin melaksanak­an puasa sunat serta bertadarus al-Quran bersama-sama.

Dalam hal moral dan tatasusila, ibu bapa wajar menunjukka­n contoh pekerti mulia seperti tidak merokok, menjaga percakapan daripada mengumpat atau menutur kata-kata kesat, menjaga adab berjiran dan sebagainya. Hal yang nampak mudah dan remeh ini sebenarnya adalah pencetus yang signifikan dalam menunjukka­n peri pentingnya mengamalka­n ilmu yang diperoleh kepada anak.

Ia mampu menjadi pencetus terbaik bagi mereka menjiwai bidang ilmu yang akan diterokain­ya kelak bahkan memberikan pulangan lebih lumayan dalam membangunk­an martabat diri mereka sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara. Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ?? Dr Khairunnee­zam
Mohd Noor
Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia