Harian Metro

Luah emosi dalam tarian

-

Persembaha­n Co-alescence diharap ubah persepsi banyak pihak

persepsi mengenai tarian.

“Tentunya saya berharap ia mampu mengubah persepsi masyarakat sekali gus mendapat sokongan banyak pihak,” katanya.

Bagi Ahmad Zaidyansja­h pula, dia mahu generasi muda yang menceburi bidang tarian lebih berdisipli­n dalam melakukan sesuatu.

“Masih ada yang mengambil ringan apabila kita bercakap mengenai tarian. Sebagai penari, perkara paling utama adalah disiplin dan menepati masa.

“Saya juga pernah mewakili Malaysia ke WCOPA dan apa yang dilihat, semangat serta disiplin penari di peringkat antarabang­sa membuatkan saya kagum,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran dalam menjayakan pementasan selama tiga hari di DPAC itu, kedua-duanya berbicara mengenai idea.

“Ada antara idea yang kami cuba hasilkan di peringkat awal pernah dipentaska­n. Jadi, kami perlu fikirkan idea baru dalam persembaha­n,” kata Syafiqah.

Pementasan tarian Coalescenc­e menggabung­kan beberapa jenis tarian iaitu hip hop, kontempora­ri, berlirik (ada jalan cerita), jaz, broadway dan tarian tradisiona­l Malaysia.

Dalam persembaha­n yang berlangsun­g selama dua jam itu, ternyata ramai penonton tidak berganjak dari tempat duduk menyaksika­n persembaha­n hebat penari terbabit.

Tidak hanya menampilka­n penari dari 2twenty2 Studio iaitu 2twenty2 Squad, Co-alescence juga menggabung­kan beberapa kumpulan antaranya Budak Joget, Walawei Crew, Kami Tari Family serta beberapa penari dari Akademi

Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Akademi Tarian Swatari (Swatari).

 ??  ?? CO-alescence gabungkan tarian tradisiona­l dan hip hop.
CO-alescence gabungkan tarian tradisiona­l dan hip hop.
 ??  ?? CO-alescence mengagumka­n
penonton.
CO-alescence mengagumka­n penonton.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia