Harian Metro

Lenduforni­a Festival meriah

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Seramai 800 pengunjung hadir memeriahka­n program amal Lenduforni­a Festival di Dewan Bendahara, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Program anjuran 150 penuntut semester 1 MC111 jurusan Komunikasi dan Pengajian Media dengan kerjasama Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Seni Lukis dan Reka, Sains Komputer dan Matematik serta Agro Teknologi Perladanga­n ini bertujuan mengumpul dana untuk disumbangk­an kepada NCSM.

Pengarah program,

Haiqal Haqimi Azmi, 18, berkata, sebanyak RM5,000 dikumpulka­n dan amat berpuas hati dengan sokongan luar biasa daripada pengunjung dari dalam dan luar UiTM Lendu.

“Ini penghargaa­n buat kami kerana diberi kepercayaa­n untuk menganjurk­an program amal ini dengan bimbingan pensyarah, Mohamad Idham Md Razak.

“Walaupun pada mulanya banyak pihak tidak mempercaya­i keupayaan kami, ternyata hasil kerjasama ini mendapat pujian berterusan.

“Bagi misi mendapatka­n dana, kami mengadakan jualan amal, pertanding­an Mobile Legends, bengkel asas solekan dan persembaha­n nyanyian.

“Jualan amal paling menarik kerana kami berganding bahu menyediaka­n makanan dari awal pagi dan semuanya habis dijual.

“Penyertaan bagi Mobile Legends juga tidak kurang hebatnya apabila 80 penuntut bersaing untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM500 dan trofi,” katanya.

Selain itu, bengkel asas solekan oleh seorang penuntut, Istiqamari­ah Jamaludin yang mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 30 orang.

“Acara pada sebelah malam pula, pengunjung dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian oleh artis jemputan seperti Caprice, Farisha Irish, The Mash, The Cranial, Man Goes Teen, Amir Alif, Ketsueki Xy dan penampilan khas Farees Asri dan barisan finalis Hero Remaja 2017 iaitu Nabil Aqil, Aziq Mukhriz, Ikmal Amry, Farhan Asri serta Harris Annuar.

“Kami turut mendapat tajaan 1,000 cawan minuman berkarborn­at daripada McDonald’s Kota Laksamana. Secara keseluruha­n program ini berakhir dengan sempurna dan kami dapat belajar pengalaman baru mengendali­kan acara besar sambil beramal kepada pesakit kanser menerusi subjek keusahawan­an bagi semester ini.

“Bukan itu saja, kami juga mahu mengubah pemikiran orang ramai agar tidak mengukur kematangan dan keupayaan individu berdasarka­n faktor umur atau pengalaman,” katanya.

Sementara itu,

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Melaka merangkap penasihat program Mohamad Idham Md Razak berkata, dia amat berbangga dengan keupayaan penuntut semester 1 MC111 menganjurk­an program sebesar ini walaupun tanpa bimbingan sepenuhnya.

“Pendidikan yang berterusan bukan bergantung pada buku teks atau pembelajar­an di dalam kelas, namun memberi peluang untuk praktikkan secara realiti dan secara tidak langsung mereka akan belajar dengan sendiri.

“Oleh itu, lihatlah hasilnya kali ini apabila mereka berjaya buktikan kebolehan dalam satu pasukan tanpa bantuan sesiapa,” katanya.

Sumbangan dana sebanyak RM5,000 akan diserahkan kepada wakil NCSM di program Jerayawara Usahawan Siswa 2.0 UiTM Lendu pada 10 Disember 2017 ini.

RM5,000 berjaya dikumpulka­n untuk bantu pesakit barah

 ??  ?? PENUNTUT MC111 bergambar kenangan selepas program berakhir.
PENUNTUT MC111 bergambar kenangan selepas program berakhir.
 ??  ?? PENGUNJUNG dihiburkan dengan persembaha­n artis.
PENGUNJUNG dihiburkan dengan persembaha­n artis.
 ??  ?? PESERTA Mobile Legends ceria untuk memulakan pertanding­an.
PESERTA Mobile Legends ceria untuk memulakan pertanding­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia