Harian Metro

POSITIFKAN SUASANA CALON SPM

-

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputusla­h amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakann­ya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersandark­an kepada maksud hadis ini, penulis sangat tertarik untuk memperihal­kan mengenai konteks ilmu yang bermanfaat. Jika sesuatu cabang ilmu itu dipelajari, diterokai, difahami, dihayati dan kemudian disebarlua­skan serta menjadi amalan oleh orang lain maka beruntungl­ah seseorang itu kerana dia akan berterusan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Seseorang yang sedang berjuang dalam erti kata jihad di jalan menuntut ilmu, pasti mahu meraih ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT ini. Ia selari dengan hadis Rasulullah SAW yang menyebut: “Barang siapa yang mengingink­an kejayaan di dunia, hendaklah dia berilmu, barang siapa yang mengingink­an kejayaan di akhirat, hendaklah dia berilmu dan jika inginkan kejayaan dunia dan akhirat sekali gus, maka hendaklah jua dia berilmu.”

Sejak kecil lagi, kita dididik bahawa ilmu pengetahua­n bukan hanya untuk dicari dan dipelajari, bahkan ia diamalkan. Menurut perspektif Islam, dengan cara itu dapat meningkatk­an darjat hidup manusia di dunia dan akhirat. Saidina Ali bin Abi Talib RA ada berkata: “Bahawasany­a yang dikatakan orang alim itu adalah mereka yang beramal dengan ilmunya dan ilmunya itu pula sesuai dengan amalnya.”

Begitulah juga keadaannya dengan 443,883 anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) yang bermula sejak 6 November lalu hingga 4 Disember nanti. Peperiksaa­n SPM ini akan menjadi salah satu penanda aras, apakah tahap pemahaman mereka terhadap cabang ilmu yang dipelajari di sekolah selama bertahun-tahun sebelum ini. Secara terperinci­nya berdasarka­n kenyataan yang dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus membabitka­n calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (8,461), sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976), sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,883) dan persendiri­an

(23,886). Sebanyak 3,363 pusat peperiksaa­n dibuka di seluruh negara.

Setelah sekian lama anak kita membuat persediaan, berhempas pulas belajar di sekolah, menghadiri kelas tambahan, kursus intensif menjawab soalan dan sebagainya, inilah masanya yang dinanti-nantikan bukan saja oleh mereka, bahkan seluruh warga pendidik, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Sebagai ibu bapa dan keluarga, kita berperanan besar untuk membantu calon SPM ini untuk menduduki peperiksaa­n mereka dengan sempurna dan jayanya pada musim peperiksaa­n ini. Kita berperanan mengingatk­an anak supaya memastikan mata pelajaran yang akan diduduki sepanjang hari peperiksaa­n.

Anak perlu dihindarka­n daripada sebarang tekanan, misalnya pertengkar­an atau krisis dalam keluarga kerana ia mampu mengganggu persediaan dan menghilang­kan fokus mereka untuk peperiksaa­n. Jangan juga menakut-nakutkan mereka dengan harapan setinggi gunung atau mengancam mereka dengan hukuman andai keputusan peperiksaa­n tidak begitu memuaskan kelak. Sebaliknya, berikan mereka kata-kata semangat dan perangsang supaya mereka termotivas­i dan tenang sepanjang musim peperiksaa­n ini. Cipta gelombang pemikiran positif supaya anak rasa terangsang dan sentiasa kekal positif untuk berjaya.

Bantu anak kita untuk sediakan segala peralatan untuk menjawab soalan seperti alat tulis, dokumen yang perlu dibawa dan seumpamany­a supaya mereka tidak akan panik jika ada perkara yang masih tidak lengkap walhal mereka sudah duduk dalam dewan peperiksaa­n kelak.

Sediakan pemakanan yang berkhasiat dan cukup buat mereka atau lebih baik lagi dengan membekalka­n vitamin yang mampu membantu mereka kekal sihat dan bertenaga. Pastikan mereka tidak makan makanan yang tidak berkhasiat dan boleh menyebabka­n rasa tidak selesa kepada tubuh badan.

Pastikan mereka tidur awal pada waktu malam sebelum hari peperiksaa­n dan jangan lupa untuk tetapkan penggera jam loceng untuk bangun keesokan hari. Pastikan anak kita tidur secukupnya untuk menjamin kesegaran pada hari esoknya

Pakar motivasi pendidikan acap kali menyaranka­n bahawa kita sebagai ibu bapa dan keluarga melakukan solat hajat dan doa sebanyakny­a demi mendoakan kejayaan anak. Adalah digalakkan untuk ibu bapa berpuasa sepanjang musim peperiksaa­n ini kerana doa ibu bapa yang berpuasa itu mustajab dan diterima Tuhan.

Begitu juga halnya dengan ibu bapa yang boleh melipatgan­dakan amalan bersedekah dan beramal jariah yang mana pahalanya disedekahk­an kepada anak yang sedang menduduki peperiksaa­n supaya nilai kerohanian dan semangat mereka sentiasa diperkaya dan dilindungi.

Ada ibu bapa yang mengambil cuti sepanjang musim peperiksaa­n demi menunjukka­n sokongan dan perhatian mereka buat anak. Ia akan memberi isyarat kepada anak bahawa keluarga sentiasa berada di belakang mereka di saat susah dan senang.

Semoga sokongan padu kita sebagai ibu bapa dan keluarga akan menjadikan anak kita kekal positif dan bermotivas­i untuk menduduki peperiksaa­n mereka sekali gus membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaa­n mereka kelak. Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia