Harian Metro

APLIKASI TUKAR TEKS KE AUDIO

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Kekurangan diri tidak dijadikan alasan bagi anak muda ini terus berjaya dan mencipta inovasi yang bukan saja menempa nama di peringkat global malah memberi impak kepada banyak pihak.

Pengasas aplikasi Speechify, Cliff Weitzman, 23, nekad mencipta aplikasi penukar teks kepada audio bagi membantu individu mengalami masalah membaca untuk membaca dengan cepat.

Sejarah Speechify bermula apabila Cliff yang turut mengalami disleksia mendapati zaman persekolah­annya agak mencabar menyebabka­n dia sentiasa berada dalam program kelas khas.

Nekad untuk berjaya dalam hidup, Cliff berusaha keras dan belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan lulus peperiksaa­n.

Dia banyak bergantung kepada rakan dan buku audio bagi menyerap ilmu daripada buku dengan cara berbeza.

Berkat usaha dan kegigihann­ya, Cliff berjaya melangkahk­an kaki ke universiti.

Anak muda itu berjaya masuk ke Brown University selepas belajar bahasa Inggeris dengan mendengar audio filem Harry Potter and the Philosophe­r‘s Stone sebanyak 22 kali.

Namun, pengajian di universiti juga semakin sukar kerana tidak semua buku teks mempunyai format audio.

Ia mendorong anak muda kelahiran Israel ini mencipta perisian asas menukar format teks kepada audio.

Sepanjang zaman pengajian di universiti, Cliff

 ??  ?? APLIKASI Speechify berjaya bantu ratusan ribu pelajar dan individu yang alami masalah
sukar membaca.
APLIKASI Speechify berjaya bantu ratusan ribu pelajar dan individu yang alami masalah sukar membaca.
 ?? FOTO ?? CLIFF
FOTO CLIFF
 ??  ?? CLIFF mula mencipta perisian penukar format teks kepada audio sejak di universiti.
CLIFF mula mencipta perisian penukar format teks kepada audio sejak di universiti.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia