Harian Metro

Penekanan sumber omega-3

- DARI MUKA H53

Ayam Brand menekan sumbangan produk sardin, makerel dan tuna memandangk­an kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan tubuh.

Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung, menggalakk­an aktiviti saraf yang sihat, memperbaik­i penyerapan vitamin, memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakk­an perkembang­an sel di dalam badan termasuk perkembang­an penglihata­n dan otak kanak-kanak.

Kempen itu juga selaras usaha Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangk­an kes obesiti di Malaysia dengan cara mendidik dan menggalakk­an kanakkanak membuat pemilihan makanan bijak.

Menurut Pengerusi

Ayam Brand Datuk

Tunku Mu’tamir Tunku Mohamed, beliau amat teruja dan berbesar hati melihat pencapaian serta perkembang­an kempen penjagaan komuniti ini sejak ia mula dilancarka­n.

Katanya, pihaknya berbangga kempen kebajikan tahunan ini sudah membekalka­n lebih sejuta hidangan kepada mereka yang berada di 421 pertubuhan kebajikan di Malaysia dan Brunei sejak ia mula dilaksanak­an dengan memberikan makanan berkhasiat dan menyihatka­n yang dapat disediakan secara cepat dan mudah.

“Setiap tahun, kami merancang aktiviti untuk kanak-kanak yang kerap kali mempunyai kaitan dengan masakan dan nutrisi yang baik agar mereka dapat mempelajar­i kemahiran hidup yang penting ini selain meningkatk­an keyakinan diri dan menjadi lebih berdikari.

“Jenama kami juga sering mementingk­an soal kemampanan. Kami berpegang kepadanya untuk jangka masa panjang baik dalam soal inovasi dan kesinambun­gan, penjagaan komuniti, kemesraan kepada alam dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Turut serta pada pertanding­an itu ialah pelakon dan hos televisyen, Nina Nadira dan blogger serta usahawan, Sue Lynn yang berkongsi pengalaman Ayam Brand mereka.

Dalam pada itu, Pengasas Home of Peace Charity, Justine Morais yang bercakap bagi pihak semua penerima di Lembah Klang berkata, sumbangan Ayam Brand amat bermakna kerana ia mempelbaga­ikan diet harian penghuni rumah kebajikan selain ia mudah dan pantas untuk disediakan.

“Kanak-kanak menggemari produk itu kerana mereka melihatnya sebagai satu hadiah. Kami menghargai­nya kerana ia menyihatka­n dan mudah disediakan.

“Pertanding­an Junior Chef pula satu acara besar kerana ia mempunyai satu matlamat iaitu menyediaka­n makanan hebat yang lazat dan menyihatka­n.

“Kami berterima kasih kepada Ayam Brand di atas sumbangan jangka panjang dan mampan kepada semua kanak-kanak di Malaysia selama 10 tahun ini,” katanya. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? TUNKU Mu’tamir (belakang enam dari kiri) bersama kanak-kanak dari rumah kebajikan.
TUNKU Mu’tamir (belakang enam dari kiri) bersama kanak-kanak dari rumah kebajikan.
 ??  ?? GELAGAT
peserta menyediaka­n
hidangan.
GELAGAT peserta menyediaka­n hidangan.
 ??  ?? NINA (tiga dari kiri) bersama pemenang pertanding­an dari Rumah Solehah.
NINA (tiga dari kiri) bersama pemenang pertanding­an dari Rumah Solehah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia