Harian Metro

Rezeki juara Mr Planet

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Ameerul berharap lebih banyak watak mencabar ditawarkan tahun depan

Tidak pernah terlintas akan menceburi dunia lakonan, namun itulah rezeki juara pertanding­an Mr Planet, Ameerul Asyraf Mohammad.

Lulusan Teknologi Maklumat (IT) ini berkata sukar mendapatka­n pekerjaan dan sokongan rakan mendorongn­ya untuk mencuba nasib dalam bidang seni.

Mula membabitka­n diri dalam dunia peragaan sejak di universiti,

Ameerul tidak kisah jika perlu bermula daripada bawah sebagai pelakon tambahan.

“Ketika di universiti saya sekadar suka-suka menyertai bidang peragaan dan fokus lebih kepada pengajian.

“Tidak sangka selepas menyertai pelbagai pertanding­an peragaan laluan saya dalam bidang ini dipermudah­kan.

“Boleh dikatakan semua pertanding­an saya sertai berada di tangga ketiga teratas,” katanya.

Selain peragaan, Ameerul turut berjinakji­nak dalam bidang lakonan. Walaupun sukar, dia tidak kisah.

Malah baginya, sekarang masa terbaik untuk lebih menonjolka­n diri selain berkenalan dengan ramai orang.

“Sebagai orang baru saya perlu pandai bawa diri dan bergaul dengan semua orang. Tak rugi kita beramah mesra dan menambah kenalan.

“Saya juga perlu bermula daripada bawah dan tidak kisah walau diberi watak kecil,” katanya.

Selepas tamat pertanding­an Mr Planet pada April lalu, banyak juga tawaran berlakon diterima Ameerul.

“Saya sedar perlu banyak belajar jika mahu pergi jauh dalam bidang ini. Sekolah terbaik adalah lokasi penggambar­an selain merujuk pelakon senior.

“Diharap tahun depan, saya akan dapat lebih banyak tawaran dan watak yang berat serta mencabar,” katanya.

Antara drama lakonan Ameerul sudah ditayangka­n di kaca TV adalah Dendam Aurora dan Joni Togo.

 ??  ?? Sebagai orang baru saya perlu pandai bawa diri dan bergaul dengan semua orang. Tak rugi kita beramah mesra dan menambah
kenalan
Sebagai orang baru saya perlu pandai bawa diri dan bergaul dengan semua orang. Tak rugi kita beramah mesra dan menambah kenalan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia