Harian Metro

Imbau kenangan bersama sm salim

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Penampilan Ramli hangatkan Konsert Tanah Airku di DFP

Berada di pentas Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP) yang serba indah dan gah itu, Datuk

Ramli Sarip mengimbau semula kenanganny­a merakamkan lagu irama tradisiona­l bersama Allahyarha­m Tan Sri S M Salim berjudul Lagu Zaman.

Ramli, 65, berkata, ketika itu dia amat meminati lagu rock dan pop. Jadi, apabila dia perlu merakamkan lagu irama Melayu, sukar jugalah untuknya melenggokk­an lagu itu.

“Namun, dapatlah juga saya ‘melagukann­ya’ dengan betul. Sebenarnya kami berdua saling teruja dengan genre lagu yang kami bawakan dan berpeluang merakamkan lagu dengan arwah adalah kenangan paling manis,” katanya.

Ramli ditemui ketika dia tampil menjayakan Konsert Tanah Airku di DFP yang menyaksika­n kerjasama antara Orkestra Filharmoni­k Remaja Malaysia ( Malaysian Philharmon­ic Youth Orchestra, MPYO) dengan Orkestra Tradisiona­l Malaysia (OTM) bagi meneruskan ulangtahun ke-10 konsert terbabit.

Penampilan Ramli cukup menghangat­kan suasana dalam DFP dengan suara serak-serak basahnya menerusi lagu Kamelia, Teratai, Kau

Yang Satu dan Syair Laila Majnun.

Ini kali ketiga Ramli tampil di pentas DFP selepas menjadi penyanyi undangan untuk konsert Khadijah Ibrahim pada 2008 dan konsert solonya pada 2010.

Turut bersama membuat persembaha­n pada konsert itu ialah Norihan Saif.

Irama lain yang berkumanda­ng membuai perasaan penonton ialah lagu tradisiona­l dan rakyat seperti Sri Mersing, Laksaman Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut.

Konsert itu dipimpin

 ??  ?? KALI ketiga Ramli tampil di pentas DFP.
KALI ketiga Ramli tampil di pentas DFP.
 ??  ?? KONDUKTOR Ahmad Muriz memimpin persembaha­n MPYO.
KONDUKTOR Ahmad Muriz memimpin persembaha­n MPYO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia