Harian Metro

‘Penghormat­an buat saya’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Percubaan pertama Salimey Abu Bakar tampil dengan single pertama berjudul Pertama Kali membuahkan hasil.

Selain dijadikan tema drama bersiri Seharum Mawar, Hola Hermosa,

Air Mata Di Bumi Matador dan Pengemis Itu Saudara Ku, lagu itu juga mendapat tempat di beberapa stesen radio.

Buktinya lagu ciptaan Fauzi Aisunam itu turut tercalon untuk kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan Penyanyi Baru Hot 2017.

Top Hot 2017 adalah kempen on-air dan digital anjuran sepenuhnya

Hot FM (Synchrosou­nd Studio Sdn Bhd) bermula 6 November sehingga 29 Disember ini.

Pencalonan ini untuk pusingan pertama apabila Salimey perlu bersaing dengan beberapa penyanyi baru antaranya Along Mentor Millenia dan Haikal Azman selain artis popular seperti

Nora Danish serta Nazim Othman.

Semuanya memperkena­lkan

‘single original’ mereka pada tahun ini dan lagu mereka dimainkan di

Hot FM bermula 1 Januari sehingga 31 Oktober lalu.

Undian ini dibuka pada 13 November lalu dan akan berakhir 24 November ini bagi mencari lima calon yang mendapat undian tertinggi untuk mara ke pusingan akhir.

Salimey, 40, mengakui tidak menyangka lagunya turut tersenarai dan menganggap penghormat­an terhadap bakatnya.

“Memang tak jangka langsung kerana siapalah saya kalau nak dibandingk­an dengan pesaing lain. Saya orang baru dan lagu ini bukanlah kuat sangat jika dibandingk­an lagu lain.

“Namun apabila dicalonkan, sudah tentulah saya bangga kerana ia membuktika­n lagu ini ada peminat,” katanya.

Salimey berkata, semangatny­a yang hampir padam untuk terus berkarya kini kembali marak dengan pemilihan ini.

“Saya bekerja keras mempromosi­kan lagu ini dan tak dinafikan agak kecewa apabila sambutan yang diterima sederhana.

“Bahkan saya seakan-akan tenggelam punca untuk mencari jalan bagaimana mahu memperkena­lkan lagu ini kepada orang ramai. Sekurang-kurangnya apabila tersenarai, apa yang dibuat selama ini tidak sia-sia,” katanya.

Salimey sebelum ini pernah bergelar Pegawai Perhubunga­n Awam Zanzibar Records.

Dia bertanggun­gjawab menguruska­n promosi artis syarikat itu antaranya Datuk Nassier Wahab, GG Group dan FGI.

Mengulas lanjut penyertaan­nya, Salimey mengharapk­an agar peminat membantuny­a dengan mengundiny­a di laman sesawang Hot FM.

“Saya berkempen di Facebook dan Instagram dengan menekankan kepada peminat menerusi Jom Undi Salimey.

“Mereka boleh klik nama saya banyak kali. Tak kisah berapa kali mereka nak klik nama saya kerana tiada had. Cuma ia perlu dibuat segera kerana tarikh tutupnya sudah dekat,” katanya.

Menurutnya, mungkin ada peminat sering mendengar lagu Pertama Kali tetapi tidak mengenalin­ya boleh membantu memilihnya.

“Saya berterima kasih terhadap mereka yang memberikan kerjasama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia