Harian Metro

Murid tahun lima positif syabu terpengaru­h ibu bapa

-

Alor Setar: Umur baru setahun jagung namun seorang murid tahun lima sebuah sekolah didapati positif dadah jenis syabu ketika melakukan ujian saringan awal terhadapny­a apabila anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan pemantauan di rumahnya di Kampung Kuala Sala, semalam.

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu dipercayai terikut-ikut ibu dan bapanya yang juga penagih dadah namun berada di bawah pengawasan AADK selepas masing-masing keluar dari Pusat Rawatan dan Pemulihan.

Difahamkan, kanak-kanak itu kerap ponteng se- kolah kerana tidak minat belajar, malah ketika pemeriksaa­n jam 10 pagi itu, dia berada di rumah bersama tiga adik dan ibu bapanya.

Ikon AADK Kedah, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, beliau bersama AADK Kota Setar yang diketuai Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar, Suria Azlina Shaari bersama JKM, Klinik Kesihatan Simpang Empat dan klinik pakar perubatan keluarga ke rumah keluarga berkenaan untuk melihat keadaan mereka.

“Hasil pemeriksaa­n di rumah mereka didapati, keadaan rumah agak menyedihka­n, malah anak-anak pasangan terbabit juga tidak terurus.

“Wanita berusia 33 tahun itu baru sebulan bersalin tetapi kita menerima maklumat yang dia turut menggunaka­n bayi lelaki itu bersama seorang lagi anaknya berusia empat tahun untuk meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Simpang Empat.

“Saya difahamkan, wang hasil sedekah itu dipercayai digunakan untuk membeli dadah disebabkan suaminya, 45, tidak bekerja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Zaki berkata, anak perempuan sulung pasangan itu berusia 20 tahun sudah berkahwin manakala anak ketiga dan keempat pula menetap di rumah nenek mereka di Pokok Sena.

Bagaimanap­un, katanya, anak kedua iaitu lelaki berusia 17 tahun pula tidak bersekolah dan dipercayai menetap di Kuala Lumpur manakala empat anak yang lain tinggal di rumah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia