Harian Metro

Permohonan saman fitnah terhadap Shila, bapa ditolak

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan saman fitnah dua wartawan hiburan terhadap penyanyi Shila Amzah dan bapanya ND Lala berhubung sidang akhbar pada 2014.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas berpuas hati sidang akhbar dibuat Shila dan bapanya tidak mempunyai niat jahat dan kenyataan dibuat itu tiada elemen fitnah.

Mahkamah juga memerintah­kan dua wartawan itu membayar kos RM30,000 terhadap Shila atau nama sebenarnya,Nurshahila Amir Hamzah, 27, dan bapanya ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh.

Wartawan akhbar

Kosmo! Maliah Surip, 36, dan wartawan hiburan akhbar Utusan, Mohd

Ifqdar Abdul Rahman, 35, memfailkan saman itu pada 17 Disember 2015 mendakwa Shila dan bapanya mengeluark­an fitnah terhadap mereka.

Mereka mendakwa pada 24 September 2014 Shila dan ND Lala mengadakan sidang media di Mega

Music World, Cheras bagi menjawab persoalan wartawan berhubung tindakan penyanyi itu memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya.

Maliah dan Mohd Ifqdar diwakili peguam Ellia Zuraini Mat Zin dan Umi Farhanah Mohd Nasir.

Kedua-dua defendan tidak hadir dan diwakili peguam bela K Mahendra.

Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Tinggi di sini, menolak saman Shila terhadap wartawan hiburan Kosmo dan dua lagi berhubung dakwaan konsertnya ditaja syarikat perjudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia