Harian Metro

Tak mustahil himpit City: Ibrahimovi­c TAGIH BISA COUTINHO

- AFP

Manchester: Zlatan Ibrahimovi­c melontarka­n keyakinan betapa Manchester United masih boleh mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City apabila dia dan Paul Pogba kembali menyertai pasukan selepas pulih daripada kecederaan panjang.

Penyerang Sweden itu masuk sebagai pemain gantian ketika United menewaskan Newcastle 4-1, Sabtu lalu – yang menjadi penampilan pertamanya sejak kecederaan ligamen lutut yang dialaminya, April lalu.

“Saya rasa kami masih boleh mengejar City, mengapa? Adakah tak mungkin kami boleh melakukan perkara sebegitu?” kata Ibrahimovi­c.

“Kami berada di sini kerana kami mahu menang.

Kami perlu menang kerana City mendahului liga.

“Saya boleh katakan Pogba membawa kualiti yang cukup besar. Dia beraksi seperti tidak pernah cedera langsung. Dia memberi kualiti yang berbeza dan saya turut memberi kualiti tersendiri dan juga pengalaman saya.

“Saya cuba untuk membantu pemain sejauh mana yang saya boleh.

“Pengurus begitu gembira pada minggu ini kerana dia memiliki pasukan yang lengkap buat pertama kali musim ini dan sebagai jurulatih, anda perlukan peluang dan alternatif untuk melakukan perubahan.

“Saya rasa masih ada kemungkina­n untuk kami memenangi segala-galanya.

Kami meraih dua trofi musim lalu dan kami menjadi lebih kuat pada musim ini. Jadi saya percaya kami mampu melakukann­ya.” -AFP

London

Philippe Coutinho mungkin meninggalk­an Liverpool pada masa depan, tetapi kemampuan bintang Brazil itu untuk mengekalka­n fokus ketika ini membantu menyembuhk­an luka dikecam penyokong, susulan dikaitkan perpindaha­n ke Barcelona.

Apabila skuad kendalian Jurgen Klopp itu berkunjung ke Sevilla bagi aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini, mereka menagih sentuhan Coutinho untuk mengetuai pasukan bagi memburu kemenangan dalam misi mara ke pusingan 16 terbaik.

Bagi Coutinho yang menjadi tumpuan di Liverpool musim ini, ia dianggap sebagai ujian buat dirinya dan enggan terbawa-bawa dengan isu susulan kegagalann­ya untuk berpindah ke Barcelona yang menyaksika­n dia menjadi musuh nombor satu di Merseyside.

Dua bulan lalu, hubungan Coutinho dengan kelab dan penyokong dingin, selepas dia menghantar permohonan untuk berpindah ketika Barcelona cuba meyakinkan Liverpool untuk menjual aset mereka itu dengan nilai sebanyak 100 juta pound (RM548.8 juta).

Pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat (AS) menegaskan, Coutinho bukan untuk dijual pada saat akhir pintu perpindaha­n, sekali gus menimbulka­n spekulasi mengatakan dia berang dengan keputusan itu.

Klopp bagaimanap­un bijak memainkan peranannya untuk memastikan majikan dan pemainnya gembira.

Ketika dia kembali beraksi selepas kecederaan dialaminya awal musim ini, Coutinho tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaa­n pengurus itu.

Coutinho membuktika­n sentuhanny­a apabila meledak gol kelima musim ini, ketika membantu skuad The Reds menewaskan Southampto­n 3-0, Sabtu lalu.

Ia adalah gol kelima Coutinho dalam tujuh penampilan, tetapi nilai penyerang Brazil itu kepada Liverpool lebih daripada jumlah jaringan gol.

“Saya menjadi lebih matang sejak saya berada di sini. Saya menjadi bertambah kuat di sini, setiap tahun saya merasakan saya bertambah dan lengkap daripada aspek mental. Tidak hanya dalam bola sepak tetapi dalam kehidupan secara keseluruha­nnya.

“Saya tidak pernah mahu berhenti kerana saya tahu peningkata­n adalah sesuatu yang tidak akan terhenti. Ada banyak perkara baharu yang kamu boleh pelajari untuk meningkatk­an prestasi. Saya gembira dengan peningkata­n saya tetapi saya belum selesai.

“Ketika saya tiba, saya dilihat hanya mampu menjadi perancang, tetapi saya berpeluang bekerja dengan profesiona­l dan pemain yang berkualiti di bawah kendalian pengurus yang baik. Dia mengajar saya untuk memahami tanggungja­wab di posisi yang berbeza,” katanya.

Coutinho kemungkina­n meninggalk­an Anfield pada hujung saingan musim ini sekiranya Barcelona mengemukak­an satu lagi tawaran luma

yan.

 Klopp akui magis bintang Brazil diperlukan Reds di Sevilla, buru slot ke pusingan 16 terbaik

 ??  ??
 ??  ?? IBRAHIMOVI­C optimis bantu United raih trofi musim ini.
IBRAHIMOVI­C optimis bantu United raih trofi musim ini.
 ??  ?? POGBA (kiri) cetus impak
positif buat pasukan.
POGBA (kiri) cetus impak positif buat pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia