Harian Metro

Bola sepak negara perlu perubahan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo berpendapa­t, wajah bola sepak Malaysia memerlukan satu transforma­si secara besar-besaran dengan semua pihak perlu bersatu hati untuk merealisas­ikan misi itu.

Jelas De Roo, beberapa perubahan besar dalam ekosistem bola sepak tempatan mesti dilakukan mulai sekarang demi kejayaan di masa hadapan.

“Bagi mencapai kejayaan berdasarka­n visi dan reka bentuk lebih daripada nasib, beberapa perubahan besar perlu dilakukan dalam bola sepak Malaysia.

“Tidak semua orang sukakan perubahan! Perubahan membuatkan kita berasa tidak selesa dan secara semulajadi­nya kita tidak mahu menjadi tidak selesa. Kita mahu kekal di mana kita berada dan menjaga apa yang kita ada.

“Perubahan juga sering bermaksud kehilangan muka bagi sesetengah orang atau orang itu takut mereka mungkin kehilangan kawalan. Ia sudah tentu bermak- na lebih banyak kerja untuk kita semua. Secara semulajadi­nya, inilah perkara-perkara yang kita takutkan,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook FAM.

Ujarnya lagi, dalam melalui proses perubahan itu, kesabaran adalah kunci kepada kejayaan dengan beliau meletakkan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk melihat hasil daripada perubahan itu.

“Ia memang akan mengambil masa. Negara-negara yang mencapai kejayaan dari segi keputusan kebelakang­an ini dan membangunk­an pemain-pemain terkemuka seperti Jerman dan Belgium misalnya, sudah mula membuat peruba- han dasar sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum itu.

“Negara-negara ini sudah mempunyai infrastruk­tur dan jurulatih, mereka hanya melaksanak­an keseragama­n di seluruh negara cara bermain dan membangunk­an pemain-pemain muda. Kita perlu melakukan lebih daripada itu!,” katanya yang dilantik FAM pada Julai lalu.

Malah, beliau juga menegaskan perubahan yang dilakukan perlu bermula dari dalam sebuah organisasi.

“Sebab itulah perubahan sentiasa harus dimulakan daripada pihak tertinggi dalam organisasi dan ia sudah tentu sebab utama mengapa saya membuat keputusan untuk menerima jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM beberapa bulan yang lalu,”katanya. Kuala Lumpur: Azraai Khor Abdullah menganggap kegagalan pasukan Kedah mendapatka­n lesen untuk bertanding dalam Piala AFC musim depan sesuatu yang sangat merugikan selepas berjaya melayakkan diri secara merit sebagai juara Piala FA 2017.

Azraai yang pernah membawa skuad Helang Merah beraksi pada Piala AFC pada 2008 dan 2009 berkata, kecuaian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku terutama dalam era bola sepak profesiona­l.

“Kita menunggu sekian lama untuk melihat Kedah kembali beraksi dalam pertanding­an peringkat Asia. Pemain telah bertungkus lumus di tengah padang untuk mencapainy­a.

“Ini peluang terbaik untuk mereka meningkat ke satu tahap lagi pertanding­an. Malah, penyokong sendiri teruja untuk melihat Kedah beraksi di peringkat Asia.

“Tapi, tiba-tiba keadaan seperti ini berlaku kerana kesilapan kita sendiri. Ia sukar diterima bukan saja oleh pemain, malah penyokong.

“Saya sendiri, walaupun sudah tidak terbabit dengan pasukan tetap berasa sedih dan kecewa. Ia tidak patut berlaku,” ujar Azraai.

 ?? Nidzam Adzha Yusoff ?? NIDZAM mahu KFA dan FAM selesai isu dengan baik. Walaupun hal ini di luar bidang saya, namun saya yakin kedua-dua pihak mampu menyelesai­kan hal ini dengan jalan dan ramuan terbaik”
Nidzam Adzha Yusoff NIDZAM mahu KFA dan FAM selesai isu dengan baik. Walaupun hal ini di luar bidang saya, namun saya yakin kedua-dua pihak mampu menyelesai­kan hal ini dengan jalan dan ramuan terbaik”
 ?? Peter De Roo ?? Tidak semua orang sukakan perubahan! Perubahan membuatkan kita berasa tidak selesa dan secara semulajadi­nya kita tidak mahu menjadi tidak selesa”
Peter De Roo Tidak semua orang sukakan perubahan! Perubahan membuatkan kita berasa tidak selesa dan secara semulajadi­nya kita tidak mahu menjadi tidak selesa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia