Harian Metro

‘Berilah kami ruang’

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

 KAFA harap penyokong The Red Warriors tak buat spekulasi isu perpindaha­n pemain

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berharap penyokong The Red Warriors tidak membuat spekulasi peribadi mengenai perpindaha­n pemain kerana proses rundingan perlu dilakukan mengikut kemampuan pasukan.

Presidenny­a, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, kejayaan pasukan itu mengekalka­n kedudukan dalam saingan Liga Super perlu diambil sebagai motivasi untuk terus berjuang musim depan.

“Kami kena terima hakikat proses runding cara dengan pemain sudah lama dilaksanak­an oleh pengurusan pasukan lain sebab mereka sudah dapat menentukan kedudukan mereka.

“Kami perlu bersyukur kepada Allah SWT kerana masih dapat berjuang di Liga Super walaupun waktu itu kami hanya mampu bertawakal selepas segala usaha dilakukan.

“Jadi, ruang untuk pinang meminang pemain yang berpotensi dan mempunyai kelebihan diperoleh daripada pasukan yang sudah yakin dengan kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada masa sama, Bibi yang juga usahawan tempatan berkata, faktor membuat urusan bersama beberapa pemain pada saat akhir menyebabka­n KAFA terdesak bagi mendapat pemain berkualiti.

Bagaimanap­un, ujarnya KAFA akan melakukan yang terbaik buat pasukan bagi membangkit­kan kembali kegemilang­an yang pernah dikecapi beberapa tahun lalu.

“Kami tetap menjalanka­n amanah sebagai pengurusan dalam persatuan demi kebaikan pasukan negeri dan bukannya untuk kemusnahan.

“Sepatutnya kami termasuk pengurusan lama dan penyokong bersatu ke arah kebaikan untuk kebangkita­n semula pasukan.

“Sekarang bukan masa untuk menuding jari lagi sebab sukan adalah untuk menyatupad­ukan bukan untuk perpecahan... berilah ruang, peluang, masa dan semangat kepada kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia