Harian Metro

Yakult sumbang 170 pasang kasut

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 170 pasang kasut bola sepak terpakai dari kelab bola sepak di Jepun disumbangk­an Yakult (Malaysia) Sdn Bhd kepada sekolah terpilih di Kelantan membabitka­n beberapa kawasan jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Rantau Panjang, baru-baru ini.

Kasut berkenaan adalah hasil sumbangan kelab bola sepak dari seluruh Jepun melalui badan bukan kerajaan, Saga Future Design Foundation.

Inisiatif murni itu adalah sebahagian usaha dan tanggungja­wab sosial syarikat berkenaan bagi menggalakk­an pelajar membabitka­n diri dalam sukan.

“Ini adalah tahun ketiga kami menganjurk­an program dan mahu meneruskan­nya untuk jangka masa panjang. Objektif utama program seumpama ini dianjurkan adalah untuk menggalakk­an gaya hidup yang sihat,” kata Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada.

Malah, program tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran pemain The Red Wa- rriors yang meluangkan masa beramah-mesra bersama pelajar selain berkongsi kemahiran dan ilmu bola sepak.

Jurulatih Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) bagi daerah Kota Bharu, Harizan Hamid berkata, sumbangan itu mampu memberi impak besar kepada pemain muda di Kelantan kerana ada dalam kalangan mereka tidak mampu memiliki kasut bola sendiri.

“Program ini juga mampu membakar semangat pemain-pemain muda di Kelantan untuk terus berusaha hingga ke peringkat tertinggi,” tambahnya.

 ??  ?? YAKULT memberi galakan kepada pelajar bersukan dengan sumbangan 170 pasang kasut bola sepak.
YAKULT memberi galakan kepada pelajar bersukan dengan sumbangan 170 pasang kasut bola sepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia