Harian Metro

Rancang teroka pasaran Indonesia, Thailand

-

Vinsoon Group, pemilik rangkaian runcit jenama kasut Hypershoe berhasrat untuk meneroka pasaran luar negara terutama Indonesia dan Thailand dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Michael Lim Tiam Chye berkata, syarikat kini meninjau potensi perniagaan baru di negara terbabit selepas beroperasi 21 tahun dalam peruncitan kasut di pasaran tempatan.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada perancanga­n jangka panjang kami di samping terus mengukuhka­n kedudukan di pasaran kasut tempatan melalui pembukaan 40 cawangan Hypershoe di Lembah Klang pada masa ini,” katanya pada Bisnes Metro, di sini.

Beliau berkata, syarikat turut berhasrat untuk meningkatk­an jumlah cawangan daripada 40 ke 60 cawangan menjelang tahun depan dan menawarkan program francais bagi memberi peluang kepada mereka berminat untuk tempoh jangka panjang.

“Kami yakin langkah ini akan mengukuhka­n lagi kedudukan dan jenama Hypershoe di pasaran tempatan sekali gus menjadi batu loncatan meluaskan lagi pasaran ke luar negara pada masa depan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Vinsoon Group yang turut menjalanka­n pernia- gaan hartanah menjangkak­an projek hartanah terbarunya iaitu Pusat Dagangan Chow Kit (CKTC) mampu mencatatka­n jualan seratus peratus menjelang hujung tahun ini.

“Kami yakin CKTC akan menjadikan Chow Kit sebagai tempat pemborong terbesar di Malaysia di mana 70 peratus hingga 80 peratus daripada CKTC akan terdiri daripada perniagaan borong manakala selebihnya adalah peruncit,” katanya.

 ??  ?? LIM di hadapan projek perniagaan hartanah Vinsoon Group.
LIM di hadapan projek perniagaan hartanah Vinsoon Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia