Harian Metro

Tempat lain pun ‘meleleh’

-

Katanya, SPRM memerlukan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pun individu mengenai ketirisan baja dan racun subsidi untuk mengambil tindakan kerana ia isu yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Menurutnya, sebagai agensi bertanggun­gjawab, pihaknya sedia memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk membantera­s kegia-

tan terbabit. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kewujudan sindiket yang menjual baja subsidi kerajaan kepada pihak ketiga selain membuat tuntutan palsu menyebabka­n kerugian RM80 juta.

Pendedahan itu dibuat Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan terdapat penyelewen­gan baja subsidi di beberapa lokasi di seluruh negara oleh rantaian sindiket daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pesawah.

Ia bukan saja menyebabka­n bekalan baja terjejas, malah aduan diterima turut mendapati ada kawasan yang tiada sawah padi turut menerima bekalan baja dibekalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) itu.

Semalam, seorang lagi suspek yang juga pesawah dan peniaga ikan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBKP) bernilai RM2.54 juta, sekali gus menjadikan jumlah yang ditahan SPRM tiga individu.

Kelmarin, seorang pesawah direman tujuh hari atas dakwaan sama, manakala suspek pertama yang juga pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka, berusia 38 tahun, sebelum ini direman enam hari bagi membantu siasatan. Menurut sumber, suspek kedua dipercayai bersubahat bersama pengurus projek dengan mengusahak­an projek penanaman padi seluas 22.2 hektar yang dipajak di Merlimau.

Pengurus berkenaan didakwa membuat 23 tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitka­n 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan Mesyuarat Penapis PPK.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, bukan saja NGO, individu yang ada maklumat juga diminta menyalurka­nnya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Ada maklumat, salurkan kepada kami. Tak kira PPIM ke, NGO lain ke, individu ke, kalau ada salurkan. SPRM hak rakyat Malaysia dan bertindak bagi pihak rakyat.

“Sama juga isu nelayan Vietnam. Dalam pemerhatia­n kami bukan saja yang sudah ditahan, tetapi ada beberapa lagi sindiket terbabit. Insya-Allah, kami ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

 SPRM perlu maklumat ketirisan baja untuk ambil tindakan

 ??  ??
 ??  ?? semalam. depan Harian Metro,
LAPORAN muka
semalam. depan Harian Metro, LAPORAN muka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia