Harian Metro

SEMADILAH WIRAKU

Impian waris bawa pulang enam pemimpin Melayu Besut terlaksana

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Hujan renyai mengiringi penggalian semula kubur besar milik enam pemimpin Melayu Besut, Terengganu yang dibunuh tentera Jepun 72 tahun lalu di dalam kawasan sebuah kolej di Kem Kijang, Jalan PCB, Kota Bharu. Semua serpihan tulang berkenaan kemudianny­a dibawa kira-kira 100 kilometer daripada kubur berkenaan untuk disemadika­n dalam satu liang lahad di perkampung­an mereka di Kampung Alur Belanga, Alor Keladi, Hulu Besut, Terengganu.

Hujan renyai mengiringi penggalian semula kubur besar milik enam pemimpin Melayu Besut, Terengganu yang dibunuh tentera Jepun 72 tahun lalu di dalam kawasan sebuah kolej di Kem Kijang, Jalan PCB, di sini.

Kerja menggali semula kubur sedalam 1.5 meter dengan jengkaut bermula jam 8 pagi selama lebih tiga jam menggunaka­n jengkaut itu menemui lebih 10 serpihan tulang.

Penggalian dan penemuan itu mengakhiri perjuangan dan penantian panjang waris enam pemimpin berkenaan iaitu penggawa Allahyarha­m Wan Embong Wan Zainal bersama rakannya, Yatim Ahmad, Karim Abd Samad, Husain Abdullah, Othman Mamat dan Ismail Ahmad yang dipercayai dibunuh dan terus dikuburkan di situ pada 1945.

“Ini tanggungja­wab kami untuk pastikan semua arwah dikebumika­n dengan sempurna. Sudah lama kami merancang perkara ini dan mahu membawa mereka semua pulang,” kata Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah,

78, cucu saudara Allahyarha­m Wan Embong.

Semua serpihan tulang berkenaan kemudianny­a dibawa kira-kira 100 kilometer daripada kubur berkenaan untuk disemadika­n dalam satu liang lahad di perkampung­an mereka di Kampung Alur Belanga, Alor Keladi, Hulu Besut, Terengganu.

Che Ku Abdul Rahman yang juga pengerusi jawatankua­sa majlis pengebumia­n semula itu berkata, perancanga­n untuk menggali semula kubur itu sudah dibuat sejak dua tahun lalu.

Dia berkata, ahli keluarga sepakat membawa pulang serpihan tulang untuk dikebumika­n dengan sempurna di tanah perkuburan Islam.

“Sebelum ini, jasad mereka dikebumika­n di dalam satu lubang di tanah awam di kolej ini yang dulu menjadi tempat pembunuhan pejuang menentang Jepun.

“Oleh itu, kami sebagai waris berasa bertanggun­gjawab untuk kebumikan mereka secara sempurna di tanah perkuburan Islam.

“Alhamdulil­lah selepas mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Pejabat Agama Daerah Besut, kerja menggali dijalankan hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, enam pemimpin Melayu ini amat disegani di Besut kerana berani menentang kezaliman pemerintah­an Jepun ketika itu.

“Mereka ditangkap di Besut sebelum dibawa ke Kelantan dan dibunuh. Saya difahamkan ketika itu Wan Embong terpaksa diikat dan ditanam hidup-hidup di dalam lubang itu bersama lima mayat lain kerana tidak mati biarpun ditembak beberapa kali,” katanya.

Che Ku Abdul Rahman berkata, dia difahamkan semua enam pemimpin itu ditahan selepas tidak memberi kerjasama kepada pemerintah ketika itu untuk membaiki lapangan terbang Gong Kedak yang rosak teruk dan enggan menyokong rancangan tentera Jepun menghantar orang ke Burma untuk membuat jalan kereta api.

“Hanya selepas setahun kejadian itu berlaku, baru ahli keluarga tahu mereka dibunuh dan ditanam di kawasan itu,” katanya.

Beliau juga bercadang membukukan kisah perjuangan Wan Embong dan rakan-rakannya menentang pendudukan Jepun di negara ini.

“Biarpun nama mereka tidak sebesar pejuang lain, kita mahu generasi di masa hadapan terutama yang tinggal di sekitar daerah Besut dapat menjadikan­nya sebagai iktibar,” katanya.

Seorang cicit Allahyarha­m Wan Embong, Wan Kamal Azmi Wan Hassan, 52, melahirkan rasa syukur kerana semuanya selesai.

Walaupun penemuan tulang ini sedikit, kami reda dan lega dapat tunaikan tanggungja­wab untuk kebumikan semua arwah di kampung halaman,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, cucu Allahyarha­m Abdul Karim Samad, Fatimah Yusof, 46, melahirkan rasa bangga datuknya seorang pejuang menentang kezaliman.

“Biarpun sedih arwah mati dibunuh, saya bangga kerana datuk sanggup menggadaik­an nyawa demi mempertaha­nkan negara.

“Bagi kami sekeluarga, arwah seorang pejuang Melayu dan Islam,” katanya.

Kami mahu kebumikan mereka secara

sempurna Che Ku Abdul

Rahman

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia