Harian Metro

SENYUM JE...

PPPPM, UMT sedia pelbagai barangan percuma dalam program V-Care, V-Concern Free Market For Needy

- Kuala Nerus Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Tidak perlu bayar sesen pun, sebaliknya hanya perlu ucap terima kasih atau senyum kepada petugas untuk memperoleh pelbagai barangan keperluan asas dalam program V-Care, V-Concern Free Market For Needy.

Program berkenaan dianjurkan Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di pasar raya besar Giant Hypermarke­t, di sini.

Penasihat program Dr N Alia Fahada W Abd Rahman yang juga pensyarah PPPPM berkata, sebanyak satu kontena barangan antaranya beras, minyak masak, air mineral dan pakaian bernilai lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai dan syarikat korporat.

“Barangan ini bukan terhad kepada golongan miskin saja, sebaliknya untuk mereka yang memerlukan. Mereka cuma perlu ucap terima kasih atau senyum saja kepada petugas yang terdiri daripada 155 penuntut tahun dua Sarjanan Muda Pengurusan (Pemasaran) PPPPM.

“Tiada had jumlah barangan boleh diambil. Jika pengunjung memerlukan 10 barangan, boleh ambil 10 barangan di 16 booth disediakan berdasarka­n keperluan mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, program berkenaan sebahagian tugasan berkumpula­n penuntut terbabit.

“Proses pengumpula­n barang bermula sejak sebulan lalu dan kami sendiri tak sangka sambutan amat memberangs­angkan dengan kehadiran 500 pengunjung setakat jam 10.30 pagi ini (semalam).

“Masih banyak barangan yang ada dan kami yakin menjelang petang ini, jumlah pengunjung mampu mencecah 2,000 kerana UMT sudah membuat hebahan secara agresif di media sosial,” katanya menambah pihak universiti bercadang untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

Pengunjung, Abdul Razib Abdullah berkata, program itu bukan saja memberi manfaat kepada golongan memerlukan seperti dirinya, malah amat baik untuk semua penuntut terbabit yang dapat belajar cara kerja berkumpula­n selain memperoleh ilmu pemasaran.

“Program ini memang amat bermanfaat dan memberikan keuntungan kepada semua. Tadi saya sempat ambil beras, minyak masak, air mineral dan buku,” kata bapa kepada lima anak berusia 14 hingga 27 tahun itu.

Bagi Nabisah Omar, 60, dari Kampung Seberang Tuan Chik Haji, program itu membolehka­n keluargany­a berjimat dan menggunaka­n wang yang ada untuk keperluan lain.

“Saya tahu program ini melalui ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n

Kampung (J3K) yang menyerahka­n kupon barangan percuma beberapa hari lalu.

“Apabila dapat tahu ada program sebegini yang tidak memerlukan perbelanja­an

walau sesen pun, saya tak lepaskan peluang dan terus ajak anak ke mari,” katanya yang ditemani anak, Munirah Che Alwi, 30.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung tidak melepas peluang mengambil pakaian secara percuma.
SEBAHAGIAN pengunjung tidak melepas peluang mengambil pakaian secara percuma.
 ??  ?? PENGUNJUNG memikul sekampit beras di Giant Hypemarket Gong Badak.
PENGUNJUNG memikul sekampit beras di Giant Hypemarket Gong Badak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEPERLUAN bilik mandi juga diagihkan kepada orang ramai.
KEPERLUAN bilik mandi juga diagihkan kepada orang ramai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia