Harian Metro

TAKUT ISTERI TAHU

Lelaki minta dilepaskan kerana pasangan tunggu hari untuk bersalin anak kedua

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediarima.com.my Melaka

“Tolonglah puan lepaskan saya kali ini, isteri saya menunggu hari ini untuk bersalin,” rayu seorang lelaki apabila ditahan ketika mahu membeli dadah, di sarang penagihan di Krubong, di sini, semalam.

Lelaki berusia 36 tahun itu antara lima penagih yang ditahan dalam Program My Beautiful Malaysia anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah (MT) bersama sepasukan polis dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Dia mendakwa baru memasuki sarang penagihan untuk mendapatka­n dadah.

Katanya, dia baru tiba dari Kuala Lumpur empat hari lalu, singgah di situ selepas dimaklumka­n rakannya ada sarang penagihan baru.

“Ini baru kesalahan kedua, tolonglah lepaskan saya, kalau isteri tahu pasti kami bergaduh besar, apa lagi dia kini menunggu hari mahu lahirkan anak kedua.

“Kalau ditahan, siapa mahu uruskan dan hantarnya ke hospital nanti,” kata lelaki itu.

Daripada rekod, kawasan ini adalah sarang terbesar dan penagih dari luar daerah akan datang ke sini untuk mendapatka­n bekalan dadah”

Lailiyana Maon

Selain itu, turut ditahan seorang anggota polis berusia 33 tahun yang bersamanya turut ditemui dua peket kecil dadah dipercayai syabu dan heroin, ketika pemeriksaa­n lanjut ke atas badannya dilakukan.

Anggota polis yang berasal dari Alor Gajah itu, ketika disoal mendakwa bekerja sebagai pembantu di sebuah kantin sekolah menengah bagi mendapatka­n sumber kewangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Melaka Tengah Lailiyana Maon berkata, Program My Beautiful Malaysia itu diadakan bagi menghapusk­an sarang penagihan dadah, sekali gus mengurangk­an jumlah penagih.

Menurutnya, dalam program terbabit, sepasukan anggota AADK bersama polis masuk ke sarang penagihan jam 6.30 pagi.

“Seramai lima lelaki berusia 33 hingga 47 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penagihan dadah.

“Lelaki berusia 33 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala empat lagi dibawa ke AADK,” katanya.

Lailiyana berkata, sarang penagihan berkenaan beroperasi sejak lima bulan lalu selepas sarang penagihan terdahulu di kawasan berdekatan dimusnahka­n.

“Mereka sentiasa mencari dan beroperasi di kawasan baru setiap kali tempat lama dimusnahka­n.

“Daripada rekod, kawasan ini adalah sarang terbesar dan penagih dari luar daerah akan datang ke sini untuk mendapatka­n bekalan dadah,” katanya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER ?? KAWASAN yang dipercayai sarang penagihan dimusnahka­n dalam Program My Beautiful Malaysia anjuran AADK Melaka Tengah bersama polis Bahagian Narkotik IPD Melaka Tengah. SEBAHAGIAN penagih yang ditahan.
FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER KAWASAN yang dipercayai sarang penagihan dimusnahka­n dalam Program My Beautiful Malaysia anjuran AADK Melaka Tengah bersama polis Bahagian Narkotik IPD Melaka Tengah. SEBAHAGIAN penagih yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia