Harian Metro

Bawa baja locong ikut ‘pintu belakang’

-

Kuala Terengganu: Ketirisan baja subsidi kerajaan turut membabitka­n baja locong iaitu baja bagi kelapa sawit dan getah yang diusahakan menerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Baja itu akan dibawa keluar menerusi ‘pintu belakang’ sebelum dijual kepada pembekal pada harga serendah RM2,000 hingga RM2,500 satu tan, sekali gus membolehka­n petualang sama ada kakitangan agensi kerajaan atau peladang memperoleh duit segera.

Golongan pembekal yang membeli baja subsidi juga beroleh manfaat berikutan harga pasaran ketika ini mencecah antara RM2,000 hingga RM2,500 satu tan.

Pembekal baja yang hanya mahu dikenali sebagai Johari berkata, sebuah ladang biasanya menerima baja tiga kali setahun.

Menurutnya, jumlah bekalan bergantung kepada keluasan kawasan dengan anggaran satu tan baja diperlukan untuk tiga hektar tanaman sawit.

“Saya berada dalam bidang ini sejak 2006 lagi dan baja locong ini sentiasa dinantikan pembekal seperti saya kerana harganya jauh lebih murah berbanding harga pasaran dengan kualiti yang terjamin.

“Apa yang saya tahu, setiap ladang perlu mengosongk­an stor baja mereka bagi membolehka­n stok baja baru disimpan pada masa yang ditentukan.

“Sekiranya ada baki baja bekalan terdahulu di dalam stor ketika itu, stok itu biasanya dijual dengan harga rendah kepada pihak yang mampu membeli dengan kuantiti banyak,” katanya. Menurutnya, jika membeli baja dengan kualiti yang sama daripada pembekal luar, harganya sekitar RM2,000 bagi setiap tan, tetapi daripada sindiket, dia boleh jimat sekitar RM800 bagi setiap tan.

“Saya tidak pasti sama ada penjualan baja locong ini ia dilakukan oleh kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan tanpa pengetahua­n pihak pengurusan atau sebaliknya,” katanya.

Bagaimanap­un, Johari berkata, pihaknya dimaklumka­n lebihan bekalan baja di stor itu berlaku apabila pihak pengurusan ladang gagal melakukan pembajaan mengikut jadual.

 ??  ?? CONTOH jenama baja subsidi yang diseleweng.
CONTOH jenama baja subsidi yang diseleweng.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia