Harian Metro

DAH MATI DAPAT SUBSIDI

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 PPK tak kemas kini data

punca berlaku ketirisan

“Saya memang suka apabila dapat beli baja bersubsidi berkualiti dengan harga murah sebab kita tahu ia ada standard yang perlu dipatuhi tidak seperti di luar,” kata pembekal baja yang hanya ingin dikenali sebagai Abu Bakar.

Menurutnya, biasanya baja yang diperoleh daripada pembekal luar RM150 untuk satu beg mengandung­i 50 kilogram (kg) bagi padi matang.

“Apabila beli baja bersubsidi harganya hanya antara RM25 hingga RM30 bagi beg berisi 20kg hingga 25kg.

“Saya dapat berjimat hampir RM1,000 untuk satu tan baja dan bayangkan untuk setahun saya dapat beli 10 tan baja daripada pesawah, sekali gus mampu mengurangk­an kos hingga RM10,000 dengan membeli baja bersubsidi daripada pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

“Mereka (pesawah) menjual baja bersubsidi yang diperoleh itu kerana sudah tidak lagi mengusahak­an tanaman berkenaan, tetapi namanya tidak dikemas kini oleh PPK untuk dikeluarka­n daripada penerima baja bersubsidi.

“Jika dilihat pada sebelah pihak, ia menguntung­kan golongan seperti saya kerana dapat membeli baja yang murah, tetapi kerajaan menanggung kerugian disebabkan sikap pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Abu Bakar berkata, Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) yang diperkenal­kan untuk memastikan petani mendapat bekalan baja bermutu dan berkualiti seharusnya dimanfaatk­an dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, skim yang diperkenal­kan sejak 1998 dilihat menjadi barah yang mendatangk­an kerugian kepada negara disebabkan sikap tamak sesetengah pihak.

“Niat kerajaan sudah bagus, tetapi sikap tamak sesetengah pihak yang melakukan penyelewen­gan sama ada membabitka­n individu di dalam agensi berkenaan atau dalam kalangan pesawah sendiri mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

“Kecewa juga apabila melihat ada kalangan pesawah yang berdaftar dengan PPK menerima baja subsidi walaupun tidak lagi mengusahak­an tanaman berkenaan.

“Berdasarka­n pandangan saya, hal seperti ini berlaku sebab pihak berkaitan iaitu PPK tidak mengemas kini data yang ada hingga berlaku ketirisan seperti mungkin ada sesetengah pesawah berdaftar sudah meninggal dunia atau tidak lagi mengusahak­an tanaman berkenaan, tetapi tetap juga menerima baja subsidi itu,” katanya.

Menurutnya, jika PPK mempunyai 100 ahli berdaftar memang baja subsidi itu akan diberikan kepada mereka yang berdaftar tetapi ketirisan berlaku dalam kalangan pesawah yang bertindak menjual semula baja itu kepada pihak lain.

“Ketirisan ini tidak akan berlaku sekiranya PPK sentiasa mengemas kini data pesawah yang ada seterusnya hanya mereka yang benar-benar mengusahak­an tanaman padi saja yang layak menerima subsidi itu.

“Saya tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada PPK kerana penyelewen­gan tidak berlaku jika pesawah juga jujur,” katanya.

Menurut Abu Bakar, sudah sampai masanya kerajaan menghapusk­an subsidi dalam pertanian jika tidak mahu berterusan menanggung kerugian disebabkan sikap tidak bertanggun­gjawab sesetengah pihak.

Katanya, jika subsidi dalam pertanian dihapuskan, kerajaan akan tahu golongan mana yang benar-benar mengusahak­an tanaman dengan betul.

 ??  ?? PEMBEKAL baja menceritak­an pengalaman membeli baja bersubsidi kepada wartawan.
PEMBEKAL baja menceritak­an pengalaman membeli baja bersubsidi kepada wartawan.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, Khamis lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia