Harian Metro

BANTU RIBUAN USAHAWAN

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Usaha murni Dr Azizan berbaloi apabila diiktiraf Internatio­nal Coach Guild di Australia

Usahanya membantu dan berkongsi ilmu mengenai pendidikan, pemasaran serta perniagaan kepada orang ramai sudah bermula sejak sembilan tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, ribuan usahawan berjaya dilahirkan menerusi seminar kelolaan syarikatny­a, Richworks Internatio­nal Sdn Bhd (RISB).

Selain menggalas tanggungja­wab sebagai pengasas syarikat,

Dr Azizan Osman turut bertindak sebagai mentor kepada setiap peserta seminar yang dianjurkan.

Tahun berganti tahun dan kini usahanya membantu orang ramai untuk berjaya dalam kehidupan amnya dan perniagaan khasnya mencapai ke satu tahap lebih tinggi apabila mendapat pengiktira­fan daripada Internatio­nal Coach Guild (ICG) di Melbourne, Australia.

Tambah manis, secara peribadi, Dr Azizan menjadi individu pertama dari Malaysia yang berjaya mendapat pengiktira­fan tahap tiga, Credential­ed Master Coach, sekali gus tergolong di antara 391 Master Coaches yang diiktiraf ICG di seluruh dunia.

Selain pencapaian peribadi membanggak­an itu, RISB turut menerima Certificat­e of Recognitio­n bagi kategori Approved Business Mentorship Provider, Certificat­e of Recognitio­n Level I, II dan

III Recognised Course dan ICG School Recognised Plaque.

RISB juga muncul syarikat pertama di Asia dan kedua di dunia yang mendapat pengiktira­fan sebagai ICG Recognised School.

Sebagai ICG Recognised School, RISB kini layak untuk menawarkan program yang mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

ICG adalah badan profesiona­l bukan berasaskan keuntungan yang menggabung­kan pelbagai institusi pendidikan dalam bidang kejurulati­han profesiona­l seluruh dunia di bawah satu bumbung di mana kecemerlan­gannya akan dipantau.

Ia juga selaku badan kesatuan yang mengiktira­f individu di dalam bidang kejurulati­han seperti pengamal kejurulati­han, program membabitka­n kejurulati­han dan organisasi kejurulati­han dengan pengiktira­fan paling tinggi di peringkat global.

“Alhamdulil­lah, dengan adanya pengiktira­fan yang mendapat akreditasi antarabang­sa ini, usaha saya dan RISB terutamany­a untuk membangunk­an lebih ramai usahawan tidak lagi dipandang sebelah mata mahupun diperlekeh­kan.

“Kita berjaya membuktika­n, apa yang kita lakukan selama ini berada di landasan yang tepat dengan tujuan untuk membantu, berkongsi ilmu dan memajukan sesama insan.

“Saya gembira, berbesar hati dan bersyukur kerana RISB kini mampu menyediaka­n peluang dan memberi akreditasi kepada peserta yang mengikuti program kami kerana ia sudah dipersijil­kan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Sejak penubuhan ICG pada 2013, lebih 700 individu profesiona­l dalam bidang kejurulati­han di seluruh dunia sudah diiktiraf dan mendapat akreditasi.

ICG menggabung­kan mereka di bawah satu set standard dunia yang merangkumi pelbagai aspek seperti sumber ilmu, kelengkapa­n, kemahiran, kajian pembanguna­n profesiona­l, peluang rangkaian jalinan dan sebagainya yang dititikber­atkan.

Ia turut bertindak dalam memajukan kerjaya, perniagaan, kejayaan peribadi dan seterusnya membangunk­an perkembang­an industri kejurulati­han menerusi piawaian yang diiktiraf di peringkat global.

“Hampir setahun pihak kita memohon kepada ICG, dan selepas mereka menerima permohonan serta menilai kursus dan program dilaksanak­an RISB selama ini, ternyata rezeki berpihak kepada kita.

“Saya dimaklumka­n, sewaktu kita menghantar permohonan terdapat beberapa organisasi seperti dari Kanada, Australia dan New Zealand turut memohon.

“Pihak ICG memberikan akreditasi pada institusi kejurulati­han dan jurulatihn­ya mengikut empat peringkat.

“Setiap peringkat itu memerlukan tempoh latihan, dokumentas­i sebagai bukti, pemerhatia­n serta pelbagai syarat yang memakan masa, tenaga dan sumber demi memastikan mereka benar-benar layak untuk digelar atau berada sebaris dengan jurulatih profesiona­l dunia,” katanya.

Menurutnya, melalui pengiktira­fan itu, pihaknya mahu memastikan platform institusi kejurulati­han (RISB) berkenaan menjadi pilihan utama bagi semua peringkat termasuk peribadi, profesiona­l, organisasi mahupun korporat.

Beliau juga akan berusaha melakukan penambahba­ikan bagi memastikan kualiti dan standard pada tahap terbaik di masa depan.

Hadir bersama pengiktira­fan itu pasti memberi lebih peluang yang hebat kepada Dr Azizan kerana pintu kejurulati­han di luar negara buatnya kini terbuka luas.

 ??  ?? DR Azizan bersama sijil p en gikt ir afan yang diterima daripada ICG.
DR Azizan bersama sijil p en gikt ir afan yang diterima daripada ICG.
 ??  ?? WAKIL pihak ICG menyampaik­an sijil pengiktira­fan kepada
Dr Azizan.
WAKIL pihak ICG menyampaik­an sijil pengiktira­fan kepada Dr Azizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia