Harian Metro

‘TIBA-TIBA JADI BERANI’

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Akibat terkejut dan terlalu takut, seorang lelaki warga emas tiba-tiba menjadi berani, apabila menyepak seekor ular sawa seberat 20 kilogram (kg) dari tingkat atas ke bawah tangga.

Dalam kejadian jam 9 malam di rumah kedai dua tingkat di Jalan Bunga Raya, Lim Chai Tang, 61, berkata, dia menyewa di tingkat satu rumah kedai dua tingkat itu, mahu keluar ke kedai kopi, namun terkejut melihat ular melingkar di tangga.

“Saya terlalu takut dan terkejut hingga jadi berani menyepak ular itu hingga jatuh ke tangga. Kemudian saya cuba turun dan keluar tapi ular sawa itu naik semula dan melingkar di bawah almari, sebelum saya telefon Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” kata Lim.

Menurutnya, dia menyewa tingkat atas bangunan itu bersama seorang rakan lelaki yang bekerja di sebuah restoran.

Sementara itu, Pegawai Operasi APM Melaka Tengah Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan berkata, beliau bersama tiga lagi anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.17 malam, dan tiba 22 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ada seekor ular sawa sepanjang tiga meter dan seberat 20kg.

“Ular itu melingkar di bawah almari di sudut sempit, namun kami berjaya menangkapn­ya hanya dalam masa 10 minit,” kata Mohd Kamil.

Menurut beliau, ular terbabit dipercayai memasuki premis melalui pintu depan yang tidak bertutup.

Mohd Kamil berkata, ular itu dibawa ke pejabat APM Melaka Tengah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Warga emas sepak ular sawa 20kg dari tingkat atas ke bawah tangga

 ??  ?? ANGGOTA APM menangkap ular sawa di sebuah premis rumah kedai dua tingkat di Jalan Bunga Raya.
ANGGOTA APM menangkap ular sawa di sebuah premis rumah kedai dua tingkat di Jalan Bunga Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia