Harian Metro

Alas meja krusye terpanjang

-

Putrajaya: Kesukaran mendapatka­n benang berkualiti bagi menyiapkan alas meja sulaman krusye sepanjang 783 meter (m) berbaloi apabila ia mendapat pengiktira­fan alas meja krusye terpanjang daripada Malaysia Book of Record (MBOR).

Produk selebar 0.70 meter dihasilkan seramai 72 peserta dari seluruh negara dibuat sejak 22 Mac lalu dan selesai semalam dibawakan pada Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini.

Ketua projek, A Syukor Ismail berkata, peserta yang terbabit menyiapkan sulaman itu terdiri daripada pelbagai golongan antaranya suri rumah, guru serta pensyarah dan mereka secara sukarela menghasilk­an alas meja itu dengan kos sendiri.

“Memang sukar untuk mendapatka­n benang berkualiti bagi menghasilk­an sulaman krusye malah, kita mencarinya sehingga ke Seremban, Negeri Sembilan selain sekitar Kuala Lumpur.

“Setiap peserta menghasilk­an antara 8 hingga 10 meter alas meja dan selepas itu, mereka mengirimka­n kepada saya secara pos seterusnya saya menyambung­kannya antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada KLICF 2017.

Sijil pengiktira­fan itu diterima oleh Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail disampaika­n wakil MBOR Nurasyikin Ramli.

Dalam pada itu, A Syukor berkata, setiap peserta membelanja­kan kira-kira RM600 lebih bagi membeli benang sulaman krusye dan anggaran keseluruha­n kos bagi 783m alas meja itu bernilai kira-kira RM52,000.

 ??  ?? PESERTA menunjukka­n 783 meter alas meja jahitan krusye di KLICF 2017, semalam.
PESERTA menunjukka­n 783 meter alas meja jahitan krusye di KLICF 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia