Harian Metro

Jika benar jemaah perlu ikut

-

Baling: Lembaga Tabung Haji (TH) masih menanti makluman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan larangan bergambar di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidilha­ram di Makkah, seperti laporan beberapa portal tempatan dan antarabang­sa.

Pengerusin­ya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sekiranya mendapat maklum balas dari Arab Saudi, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi berkenaan perkara itu secepat mungkin bagi memastikan jemaah haji atau umrah negara ini mematuhiny­a.

“Jika benar larangan tidak boleh bergambar dilaksanak­an, saya mohon jemaah kita mengikutin­ya memandangk­an ia adalah undang-undang yang ditetapkan pihak sana,” katanya ketika ditemui media pada Program Berkhatan Perdana Peringkat Parlimen Baling, di sini, semalam.

Baru-baru ini, beberapa portal berita tempatan dan antarabang­sa melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi melarang pengunjung Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah beribadah.

Beliau berkata, ia mungkin antara usaha kerajaan Arab Saudi mengekang penyebaran berita dan gambar tidak elok yang berlaku di kedua-dua masjid itu dalam media sosial seperti banjir, bangunan runtuh atau perkara buruk lain, yang sebenarnya tidak berlaku.

“Bagi saya sendiri, mengambil gambar di kedua-dua masjid tersebut memang sedikit sebanyak mengganggu perjalanan ibadah jemaah lain terutama ketika waktu sesak melakukan tawaf di Masjidilha­ram.

“Apa pun, kita tunggu saja keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan sana,” katanya.

Abdul Azeez berkata, apa saja keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu tidak akan menjejaska­n hubungan akrab antara kedua-dua negara.

“Jadi, sekiranya ia (mengambil gambar) diputuskan tidak boleh, jemaah kita ikutlah kerana ia secara tidak langsung membantu menjaga hubungan baik antara negara kita dengan Arab Saudi serta memelihara kesucian kedua-dua masjid tersebut. -BERNAMA

lain

 ??  ?? UMAT Islam perlu tahu bataskan diri untuk bergambar
ketika ke rumah ibadat.
UMAT Islam perlu tahu bataskan diri untuk bergambar ketika ke rumah ibadat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia