Harian Metro

Pengikut Instagram bertambah

-

Kuala Lumpur: Video nyanyianny­a bersama Wany Hasrita dengan lagu berjudul Tak Tun Tuang yang menjadi tular memberi satu nafas baru kepada penyanyi, Wani hingga membuatkan pengikut di Instagram turut bertambah.

Menganggap perkara itu sebagai rezeki, dia yang popular dengan lagu Lepaskan berkata, keinginan menyanyi semula lagu Tak Tun Tuang terjadi kerana asyik mendengar lagu itu.

“Pertama kali mendengar lagu ini, ia terus melekat dalam kepala saya. Secara tidak langsung, timbul idea untuk saya menyanyika­nnya bersama Wany.

“Semuanya berlaku tanpa dirancang dan sekadar suka-suka. Saya sebenarnya tidak sangka video kami menyanyika­n lagu itu turut mendapat perhatian.

“Kerana lagu itu juga, peminat di laman sosial saya bertambah dan orang mula mengenali siapa diri saya,” katanya yang pernah mendapat tontonan 10 juta di YouTube untuk klip video Lepaskan duet bersama Juzzthin.

Wani atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat, 21, berkata, dia menyukai lagu Tak Tun Tuang kerana alunannya santai dan melodinya sangat bebas.

“Lagu ini betul-betul membuatkan para pendengar seperti saya terhibur. Pada saya, memang ada masanya kita memerlukan lagu yang unik atau pelik bagi menghiburk­an hati.

“Selain itu, tidak salah jika seseorang penulis lirik dan komposer membuat lagu pelik kerana itu adalah kelainan mereka yang tersendiri,” katanya.

Pada mulanya, kata Wani, dia memang tidak faham dengan maksud yang cuba disampaika­n menerusi lagu itu.

“Jujur, saya hanya faham bahagian awal lagu dan apabila mengikuti sepenuhnya, saya tidak begitu pasti apa maksud tersirat.

“Namun, daripada segi lirik, lagu ini memang versatil kerana belum ada yang pernah menggunaka­n perkataan Tak Tun Tuang,” katanya.

 ??  ?? VIDEO lagu Tak Tun Tuang
nyayian Wany Hasrita (kanan) dan Wani tular di
YouTube.
VIDEO lagu Tak Tun Tuang nyayian Wany Hasrita (kanan) dan Wani tular di YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia