Harian Metro

‘Saya suka nyanyi lagu orang’

-

Kuala Lumpur: Tontonan klip video single sulungnya berjudul Menahan Rindu sudah melepasi 27 juta di YouTube hingga dia terus meniti populariti, tetapi penyanyi Wany Hasrita sebenarnya tidak pernah mahu berhenti membuat lagu saduran atau cover.

Dia mengakui, apa yang dilakukan itu sekadar suka-suka dan hobinya sebelum bergelar artis lagi.

“Saya memang minat menyanyika­n semula lagu orang dan tidak malu untuk mengaku semua itu. Terbaru, saya dan rakan, Wani sempat membuat satu lagi video cover lagu Tak Tun Tuang.

“Kami sebenarnya tiada niat apa-apa apabila menyanyika­n semula lagu itu dan ia adalah cadangan daripada Wani sendiri kerana lagu itu sedang hangat dinyanyika­n,” katanya.

Wany atau nama sebenarnya Nursyazwan­y Hasrita Hasbullah, 25, berkata, dia tertarik dengan melodi lagu itu hingga mahu menyanyika­nnya.

“Lirik dan melodi lagu ini senang diingat dan umpama dekat dengan kita seperti mandi yang juga aktiviti harian yang wajib.

“Saya berpendapa­t, sebab perkara itu lagu ini terus menjadi perhatian ramai. Lagipun, ia sangat bersahaja dan boleh dinyanyika­n sesiapa saja,” katanya.

Menurut Wany, akibat video mereka menyanyika­n lagu itu, ada yang bertanya padanya sama ada sudah mandi atau belum.

“Tiada apa yang berlaku dan kawan-kawan hanya sekadar mengusik.

“Ada yang suka dengan video itu. Memang tidak disangka, video yang dimuatnaik di YouTube itu membuatkan ramai yang ingin tahu mengenai kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia