Harian Metro

SENIMAN saran ahli ambil perlindung­an insurans

-

Seremban: Golongan selebriti dan artis di negara ini disaran mendapatka­n perkhidmat­an insurans bagi melindungi mereka sewaktu ditimpa kemalangan, penyakit dan juga kematian.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata, kajian pihaknya mendapati 60 peratus golongan selebriti tidak menghirauk­an kepentinga­n insurans.

Katanya, tindakan itu mengecewak­an kerana ada dalam kalangan artis meraih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, namun tidak memperuntu­kkan RM150 untuk membeli polisi insurans.

“Saya mengingatk­an artis supaya beringat sebelum kamu tiada apa-apa,” katanya ditemui di sebuah restoran di sini, semalam.

Zed berkata, bagi melindungi 6,000 ahlinya, SENIMAN sejak awal tahun mendapatka­n perlindung­an insurans secara berkelompo­k.

“Setiap ahli membayar yuran tahunan RM50 dan sebahagian wang digunakan bagi membiayai insurans,” katanya.

Beliau berkata, ahli menerima banyak manfaat antaranya bayaran kemalangan dan kecacatan kekal yang akan menerima RM10,000.

“Selain itu, artis yang diculik dan gagal dikesan selepas tujuh bulan akan menerima perlindung­an. Keluarga mereka akan diberi pulangan RM10,000 serta khairat kematian sebanyak RM2,000,” katanya.

Menurut Zed, faedah lain diterima adalah setiap ahli boleh menuntut RM1,000 untuk pembedahan plastik jika mereka cedera ketika bekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia