Harian Metro

BANTUAN RM1 JUTA

- Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my

UMNO Titiwangsa sedia kelengkapa­n sekolah 4,000 kanak-kanak kurang mampu

Sebanyak RM1 juta diperuntuk­kan bagi melaksanak­an program anjuran UMNO Bahagian Titiwangsa dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (Amanah Raya).

Jumlah itu berupa bantuan kelengkapa­n persekolah­an kepada 4,000 anak di bawah Parlimen Titiwangsa di mana nilai sumbangan diterima setiap seorang pelajar RM250.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, agihan bantuan kelengkapa­n persekolah­an itu dilakukan secara berperingk­at-peringkat dalam empat program berasingan membabitka­n 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah bagi setiap sesi.

“Ini adalah program kedua saya buat di Parlimen Titiwangsa. Hari ini (semalam) 1,000 sumbangan beg sekolah, wang tunai RM50 dan baucar Mydin RM150 untuk membeli pakaian sekolah diberikan kepada pelajar seperti yang dilakukan minggu lalu.

“Selepas ini ada dua lagi sesi penyerahan atau jumlah keseluruha­n penerima adalah 4,000 pelajar. Peruntukan sumbangan bagi setiap pelajar adalah RM250,” katanya ditemui di Dewan Komuniti (UMNO) Taman Maluri.

adalah program tradisi anjuran Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama Amanah Raya Berhad, sebagai satu inisiatif tanggungja­wab sosial syarikat itu.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, sumbangan seperti ini sangat bermakna bagi golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana, selain mempunyai ramai anak. Apatah lagi, perbelanja­an sesi baru persekolah­an memerlukan perbelanja­an yang tinggi.

“Menjadi keutamaan saya aspek pendidikan dalam program bantuan rakyat yang dianjurkan termasuk pembabitan syarikat luar dalam menjalanka­n program tanggungja­wab korporat memilih medium pendidikan sebagai platformny­a.

“Bantuan diagihkan kepada warga Titiwangsa daripada pelbagai latar belakang masyarakat tidak mengira bangsa dan jenis sekolah sama ada kebangsaan atau pun jenis kebangsaan untuk sama-sama menikmati sumbangan yang disediakan,” katanya

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Adenan Md Yusof dan Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru Datuk Affendi Zahari yang turut melakukan pengagihan bantuan persekolah­an kepada pelajar.

 ??  ?? JOHARI menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada kanak-kanak Parlimen Tiiwangsa pada Majlis Back To School 2018.
JOHARI menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada kanak-kanak Parlimen Tiiwangsa pada Majlis Back To School 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia