Harian Metro

TIADA NEGARA TERKECUALI

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Serangan yang mengorbank­an 235 jemaah Masjid Rawda di Sinai, utara Mesir, kelmarin membuktika­n tiada negara terkecuali daripada menjadi sasaran pengganas IS dan militan Daish.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, sehubungan itu Malaysia perlu proaktif dan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak selain mengingatk­an rakyatnya supaya tidak mengambil mudah ancaman berkenaan.

“Insiden seperti ini terlalu banyak sekarang dan kita kena faham, tiada negara terkecuali daripada sasaran IS, militan Daish.

“Jangan ambil mudah perkara ini. Keselamata­n, keharmonia­n dan pembanguna­n negara ini tidak datang dengan begitu saja, bergolek dan melayang.

“Ia berkat kepemimpin­an, kesatuan, perpaduan dan profesiona­lisme Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia menjamin keselamata­n kita hingga hari ini, jangan ambil mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Bootcamp eRezeki dan eUsahawan serta Karnival Majlis Permuafaka­tan Belia Sembrong di Taman Sri Lambak, semalam.

Jadi sasaran pengganas IS, militan Daish

Beliau berkata, sehubungan itu, Malaysia akan membentang­kan perkembang­an isu keselamata­n semasa, rantau ASEAN menerusi mesyuarat pertama Majlis Menteri-Menteri Pertahanan Pakatan Ketenteraa­n Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

Katanya, intipati pembentang­an termasuk kerjasama trilateral Malaysia-Filipina-Indonesia memerangi keganasan selain memperluas­kan kerjasama ke negara ASEAN lain dalam mesyuarat itu yang turut disertai 41 negara anggota dan wakil diplomatik.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (tengah) bersama Usahawan IKS dan peniaga kecil pada majlis pelancaran Program Bootcamp eRezeki dan eUsahawan serta Karnival Majlis Permuafaka­tan Belia Sembrong di Taman Sri Lambak, semalam.
HISHAMMUDD­IN (tengah) bersama Usahawan IKS dan peniaga kecil pada majlis pelancaran Program Bootcamp eRezeki dan eUsahawan serta Karnival Majlis Permuafaka­tan Belia Sembrong di Taman Sri Lambak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia