Harian Metro

Wang tunai mungkin dari aktiviti pelacuran

-

Port Dickson: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak menolak kemungkina­n aktiviti pelacuran antara kegiatan dijalankan sebuah sindiket hingga membawa penemuan wang tunai berjumlah lebih RM11 juta di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, pada Khamis lalu.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pada serbuan menerusi Op Gegar, pihaknya menyelamat­kan 17 wanita warga Filipina yang dipercayai dieksploit­asi sebagai pelacur.

Katanya, semua mangsa berusia belasan tahun hingga 40-an dikurung dalam enam bilik sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi jam 1 pagi.

“Serbuan ini adalah hasil maklumat awam mengenai aktiviti pemerdagan­gan manusia. Ketika pemeriksaa­n dijalankan, anggota menemui wang tunai berjumlah RM11,880,784.30 dalam sebuah bilik,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 di Akademi Imigresen Malaysia (AIM), semalam.

Kelana Jaya: Timbalan Perdana Menteri menyokong cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) supaya diwujudkan Suruhanjay­a Pendidikan bagi memastikan dasar pendidikan kebangsaan diikuti dengan konsisten biarpun bertukar kepimpinan di peringkat menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, suruhanjay­a itu relevan dan penting bagi memastikan setiap dasar pendidikan negara atau berkaitan dengannya dilaksanak­an dengan baik.

“Jangan berubah apabila menterinya berubah. Jangan jadikan murid dan pelajar kita untuk dimasukkan dalam makmal ujian, mereka bukan bahan uji kaji.

“Mereka adalah aset negara kita yang harus diperkasak­an. Jangan ada agenda peribadi dalam sektor pendidikan, jangan ada pemikiran sempit.

“Kita kena bangunkan bangsa dan negara kita di persada yang lebih memuncak dan menjanjika­n pemerkasaa­n untuk pencapaian mobiliti sosial yang bersifat vertikal,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Agung Tahunan GPMS ke-63, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Presiden GPMS Zambri Mohd Isa. Terdahulu Zambri dalam ucapannya mencadangk­an penubuhan Suruhanjay­a Pendidikan supaya sistem pendidikan negara berada di landasan tepat dan tidak berubah mengikut pertukaran Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan Tinggi.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n peruntukan RM1 juta bagi pelaksanaa­n aktiviti dan program GPMS tahun depan serta mencadangk­an penukaran nama pejabat GPMS daripada Banglo GPMS kepada Teratak GPMS.

 ??  ?? AHMAD Zahid merasmikan Persidanga­n Agung Tahunan GPMS ke-63, semalam.
AHMAD Zahid merasmikan Persidanga­n Agung Tahunan GPMS ke-63, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia