Harian Metro

Pemandanga­n cacat sikap segelintir pendaki buat onar

-

Melaka: Biarpun tujuan kunjungan mereka untuk menikmati keindahan pemandanga­n flora dan fauna sikap segelintir pendaki yang tidak cakna dengan kebersihan sedikit sebanyak mencacatka­n pemandanga­n di Taman Eko Rimba Tanjung Tuan.

Kakitangan Kumpulan Melaka Berhad (KMB) Nekmat Seis, 45, yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan simpan itu meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pendaki mengambil mudah mengenai hal kebersihan.

Katanya, meskipun pengunjung dikenakan bayaran masuk RM1 mereka sepatutnya lebih berdisipli­n dan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya sebagai tanda menghormat­i serta menghargai alam sekitar.

“Boleh saya kata mereka yang membuang sampah merata-rata ini bukanlah pendaki dalam erti kara yang sebenar atau pengunjung sekadar datang untuk berseronok dan ambil gambar saja terutama di lokasi tumpuan di Bukit Batu Putih.

“Kalau pendaki profesiona­l mereka lebih berdisipli­n, sampah seperti botol air mineral akan dipungut semula dan dibuang dalam tong sampah disediakan di beberapa lokasi tertentu atau di kaki bukit,” katanya.

Setiap hari Nekmat, akan mengumpul dan membawa bungkusan plastik mengandung­i sampah yang sebahagian besarnya adalah botol minuman dari tapak parkir kenderaan berhampira­n rumah api ke kaki bukit untuk dilupuskan.

Katanya, tugasnya itu agak memenatkan kerana perlu melalui denai berbukit berulang kali untuk membawa keluar sampah yang ditinggalk­an oleh segelintir pengunjung tidak bertanggun­gjawab atau mempunyai kesedaran sivik.

Dia memberitah­u, setiap petang Taman Eko Rimba Tanjung Tuan menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah termasuk dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari beberapa kem tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan dan orang awam.

Menurutnya, laluan mendaki membabitka­n pintu masuk utama Taman Eko Rimba Tanjung Tuan sehingga ke Bukit Batu Putih sepanjang lebih satu kilometer menjadi tumpuan pendaki yang datang untuk mengeluark­an peluh.

“Kawasan hutan ini, masih belum terusik ada yang sanggup datang ke sini untuk beriadah kerana udaranya masih bersih, malah ada yang mendakwa kandungan oksigennya adalah yang paling bagus.

“Malah tumbuhan herba tumbuh meliar sekitar hutan menjadikan udara di kawasan ini berkualiti, itu dakwa orang ramai kerana ada yang mengaku tidak lagi berasa sakit lutut atau lenguh badan selepas mendaki bukit ini,” katanya.

Selain sikap tidak bertanggun­gjawab segelintir pengunjung, kawasan pantai di kaki bukit Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, turut dicemari dengan sampah hanyut dipercayai dibuang daripada kapal dagang melalui Selat Melaka.

Antara sampah yang ditemui di pantai terbabit adalah tayar lama, kayu, papan, bekas polisterin, plastik dan pelbagai lagi bahan buangan yang boleh menjejaska­n lokasi itu jika dibiarkan berlarutan.

Selain hutan dianggap masih dara pantai di kaki bukit Tanjung Tuan juga masih terjaga malah airnya juga jernih hinggakan ada pengunjung memilih untuk berkhemah di kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia