Harian Metro

TERKENANG ‘HIROSHIMA SUNGAI BULOH’

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Tragedi ‘Hiroshima Sungai Buloh’ yang mencatatka­n sejarah memilukan tanah air pada 7 Mei 1991 menjadi pengalaman sukar dilupakan Dr Firdaus Hanapiah ketika bergelar pensyarah pelatih di Jabatan Bedah Mulut, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

Lanjutan daripada kes letupan 200 tan mercun di kilang Bright Sparklers Sdn Bhd, Sungai Buloh yang mengorbank­an 22 nyawa, manakala 103 lagi cedera, Pakar Perunding Pembedahan Mulut dan Maksilofas­ial, Klinik Pergigian Firdaus ini terpilih menyertai pasukan doktor gigi untuk mengenal pasti identiti mangsa menerusi rekod pergigian.

Tanpa teknologi ujian DNA ketika itu, pasukan pergigian memikul tanggungja­wab besar untuk mengenal pasti identiti mangsa berkenaan dengan kerjasama pasukan forensik.

“Saya sendiri turun padang untuk mengumpulk­an sampel gigi mangsa dan keadaan mereka sangat menyentuh hati. Tetapi saya perlu kuat demi melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n.

“Menggunaka­n sampel gigi mangsa yang diperoleh, kita perlu memeriksa rekodpergi­gianmangsa berdasarka­n tampalan gigi daripada klinik kerajaan secara manual bukannya menggunaka­n kecanggiha­n teknologi seperti hari ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam, Selangor.

Mencungkil latar belakang Presiden Persatuan Pergigian Islam Malaysia (IDAM) ini, anak sulung daripada enam beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang menekankan aspek pendidikan.

Hal ini terbukti apabila bapanya pernah melanjutka­n pengajian ke luar negara termasuk England, Amerika Syarikat dan New Zealand, sekali gus memberi peluang kepada Dr Firdaus menerima pendedahan baru di negara asing pada awal usianya.

“Ketika bersekolah di Santa Barbara, California, pelajar didedahkan dengan aspek interaksi sosial untuk

 ??  ?? MEMBERI rawatan kepada golongan tidak bernasib baik.
MEMBERI rawatan kepada golongan tidak bernasib baik.
 ??  ?? PROJEK ‘Dentistry For The Needy’ oleh IDAM.
PROJEK ‘Dentistry For The Needy’ oleh IDAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia