Harian Metro

Mahu mas kahwin berbentuk barangan

-

negeri menetapkan kadar mas kahwin. Andai saya meminta bakal suami menggantik­an mas kahwin berbentuk wang ringgit kepada barangan seperti emas, adakah ia dibolehkan?

Ros Kuantan

adalah kewajipan yang diperintah­kan kepada suami untuk diberikan kepada isteri.

Sebagaiman­a firman Allah yang bermaksud; “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) mas kahwin mereka itu sebagai pemberian (yang wajib).

“Kemudian, jika mereka menyerahka­n kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian itu sebagai nikmat yang baik lagi elok.” (Surah An-Nisa:4)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud; “Carilah sesuatu untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (HR Al-Bukhari)

Merujuk tafsiran

Akta Undang-Undang Keluarga Islam

(Wilayah Persekutua­n) 1984 menyatakan,

‘mas kahwin’ bererti pembayaran perkahwina­n yang wajib dibayar bawah hukum syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwina­n diakadnika­hkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.

Mahar adalah hak isteri maka ia boleh ditetapkan berdasarka­n rundingan dan persetujua­n bakal suami isteri. Ketetapan pada peringkat negeri bagi menjaga hak wanita supaya pembayaran mahar tidak diabaikan.

Digalakkan mas kahwin dibayar menggunaka­n wang dinar atau darham. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia