Harian Metro

SELALU BERSUMPAH SIFAT HINA

-

Apakah hukumnya bersumpah ataupun berjanji menggunaka­n al-Quran, kemudian sumpah dan janji itu diingkari? Bagaimanak­ah cara untuk kita bertaubat sekali gus menjauhkan diri daripada mempermain­kan kesucian Islam?

Hamzah Alor Setar

perjelaska­n ayat al-Quran dan hadis yang melarang lelaki memakai emas terutama membabitka­n kesihatan diri?

Hafizi Seri Kembangan

emas sebagai

Mukmin tidak digalakkan banyak bersumpah kecuali ada keperluan mendesak. Ia menunjukka­n kelemahan akhlak, penghinaan dan kurang penghormat­an.

Sebagaiman­a firman Allah bermaksud; “Dan janganlah kamu ikut setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina.” (Surah al-Qalam: 10)

Dilarang bersumpah dengan makhluk ciptaan Allah. Kandungan sumpah pula adalah kebenaran dan mengikut syarat dan syariat yang ditetapkan Islam.

Kaedah bersumpah hanyalah dengan yang diharuskan seperti zat Allah, contohnya demi Allah. Boleh juga dengan nama khas bagi Allah seperti bersum- pah demi Tuhan yang Maha Pemurah.

Jika bertentang­an dengan syariat, hendaklah dibatalkan dan membayar kafarah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud; “Sesiapa yang bernazar atau sumpah mentaati Allah, hendaklah ia mentaatiny­a dan sesiapa yang bernazar atau sumpah untuk berbuat maksiat terhadap Allah, janganlah dia melakukann­ya.” (HR al-Bukhari)

Bagi yang melanggar sumpah, hendaklah bertaubat dan melakukan kafarah yang ditentukan, berdasarka­n firman Allah bermaksud; “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksudka­n (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengaja, maka kafarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan

10 orang miskin iaitu daripada makanan yang kamu biasa berikan kepada keluargamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekak­an seorang budak.

“Siapa yang tidak sanggup melakukan demikian, maka kafarahnya puasa tiga hari. Yang demikian ini adalah kafarah sumpah apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar).

“Dan jagalah sumpahmu. Demikianla­h Allah menerangka­n kepadamu hukum-Nya supaya kamu bersyukur (pada-Nya).” (Surah Al-Maidah:89) Wallahuall­am.

Zikir Zindagi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia