Harian Metro

SABAR BERDEPAN BEZA DAN KHILAF

-

Sesungguhn­ya tiada terlepas seseorang daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbang­an melainkan pada Allah SWT semata-mata. Sesiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi satu-satunya pertimbang­an.

Dalam kehidupan seharian, kita berusaha menjaga hati pelbagai pihak, cuba mengikut nasihat dan kritikan orang. Jika buat sesuatu ada saja yang tidak kena. Begitu juga sebaliknya.

Saya teringat kisah yang sesuai dengan situasi ini. Kisah ini menceritak­an bapa dan anaknya yang pergi ke pasar untuk menjual seekor keldai.

Bapa berumur agak lanjut tetapi masih kuat berjalan. Anaknya awal remaja yang belum boleh disebut dewasa. Si keldai pula cukup sihat dan kuat tetapi badannya berukuran agak kecil.

Pagi itu bergerakla­h mereka menuju pasar yang terletakny­a agak jauh iaitu kira-kira setengah hari perjalanan. Bapa dan anak membawa bekal makanan yang mencukupi.

Mereka menaiki keldai itu selama beberapa jam, hingga akhirnya tiba di sebuah kampung dan melihat ramai orang. Apabila melihat keldai kecil yang dinaiki dua beranak itu, maka berbisikla­h orang kampung. Kemudian salah seorang daripada mereka berkata:

“Wahai manusia, betapa malangnya nasib keldai kecil itu. Ia harus menanggung beban dua orang seperti kamu. Tidakkah kamu berfikir bahawa keldai itu sangat menderita selama dalam perjalanan kamu?”

Setelah mendengar kata-kata orang kampung itu, akhirnya si bapa turun daripada tunggangan keldai. Mereka kemudian meneruskan perjalanan menuju pasar dengan si bapa berjalan di samping keldai yang ditunggang­i si anak. Mereka terus berjalan hingga tiba di kampung lain.

Di kampung itu, mereka bertembung dengan sekumpulan orang yang juga berbisik-bisik. Si bapa dan anaknya sedar bahawa orang kampung bercerita mengenai mereka.

Lalu disebabkan hairan maka bertanyala­h si anak mengenai apa yang membuatkan mereka berbisik-bisik. Lalu salah seorang daripada yang kerumunan itu menjawab.

“Wahai anak muda, lihatlah bapamu yang berjalan di sisi keldai itu. Tidak patut kamu duduk di atas keldai dengan santainya sementara bapamu berjalan di sampingmu.

“Di mana otakmu sehingga engkau sanggup buat sedemikian terhadap bapamu? Adakah kamu ingin menjadi anak yang tidak mempunyai rasa hormat dan kasih sayang terhadap orang tua?”

Si anak berfikir, lalu ia menyedari bahawa bapanya mungkin lebih elok untuk duduk di atas keldai dan dialah yang seharusnya berjalan.

Si anak kemudian turun dari keldai dan meminta si bapa menunggang keldai. Mereka kemudian meneruskan perjalanan menuju pasar. Si anak kini berjalan bersebelah­an dengan keldai.

Beberapa saat kemudian, tibalah mereka di sebuah kampung yang lain. Di situ mereka juga bertemu dengan sekelompok manusia yang turut berbisik sambil memandang ke arah si bapa, anak dan keldai itu.

Disebabkan rasa pelik, si bapa bertanya: “Wahai saudaraku, apakah gerangan yang kamu semua bisikkan? Adakah sesuatu yang salah dengan kami?”

Salah seorang dari penduduk kampung itu berkata: “Di mana rasa sayangmu terhadap anak? Anda bertubuh kuat, mengapa anak kamu disuruh berjalan? Sungguhlah kamu ayah yang keterlalua­n,” katanya dengan lantang sementara yang lainnya mengiyakan.

“Duhai saudaraku, tahukah kalian bahawa kami telah lalui beberapa kampung sebelum ini dan tidak ada satu carapun yang kami lakukan dianggap tepat. Kami berterima kasih atas perhatian kalian terhadap kami.”

Selepas memohon diri meneruskan perjalanan, si anak segera menunggang keldai bersama bapa. Keduanyadu­anya menyusuri jalan menuju pasar yang masih separuh jalan. Apabila keldai keletihan, mereka berhenti di pinggir danau dengan pemandanga­n yang indah.

Mereka membuka bekalan makanan yang disiapkan dari rumah, sementara keldai kecil itu meragut rumput dan minum air danau sepuas-puasnya.

Begitu lumrah kehidupan kita seharian. Hikmahnya kadangkala, ada hal yang boleh terjadi perbezaan pandangan atau khilaf.

Jika kita berada dalam keadaan seperti bapa dan anak dalam cerita tadi, seharusnya kita tekad untuk terus yakin. Bukankah lebih mudah jika keldai kecil itu ditunggang bersama dan apabila keldai kelelahan, maka mereka semua dapat berhenti untuk beristirah­at?

Selain itu, hikmah lainnya adalah kesabaran. Kadangkala dalam hidup ini, meskipun kita mempunyai tujuan yang baik dalam melakukan sesuatu, tetap ada saja yang salah pada mata orang lain.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia