Harian Metro

Reda Allah seiring reda ibu bapa

-

Dunia akhir zaman, kita dipaparkan dengan berita mengejutka­n. Antara tanda akhir zaman ialah apabila sifat amanah dan tanggungja­wab semakin hilang .

Dulu pada zaman sahabat dan tabiin, mereka berlumbalu­mba untuk melakukan amal kebaikan tetapi hari ini manusia berlumba mengejar kemewahan.

Jika dulu ibu bapa dimuliakan tetapi hari ini ibu bapa dijadikan tempat asuhan ataupun mesin wang segera untuk anak yang ingin hidup senang.

Masih ramai anak tidak memahami tanggungja­wab terutama terhadap ibu bapa yang sudah tua dan berjasa memelihara kita sejak dilahirkan hingga dewasa, berkahwin serta mempunyai keluarga sendiri.

Anak yang sudah berkahwin, sering menghadapi dilema untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua atau sakit.

Ingatlah bagi lelaki yang sudah berkahwin, tanggungja­wabnya yang pertama, mengasihi Allah, kedua Rasulullah, ketiga ibu bapanya dan selepas itu, barulah isterinya.

Bagi wanita yang bergelar isteri pula, pertama mengasihi Allah, kedua Rasulullah, ketiga suami dan selepas itu, barulah ibu bapanya.

Soal tanggungja­wab ini sangat penting kerana hal ini akan ditanya Allah kelak.

Malah berkenaan ibu bapa ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. Mereka kunci syurga kita.

Malah Nabi SAW bersabda: “Keredaan Allah tergantung pada reda ibu bapa dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan ibu bapa.” Riwayat Tirmidzi.

Jika kita tidak mendapat reda Allah, bagaimana kita mahu bahagia di akhirat sana?

Bagaimana kita yakin mendapat pengakhira­n hidup yang baik? Bagaimana kita yakin akan dimasukkan ke dalam syurga? Sekiranya persoalan ini berlegar dalam fikiran, sudah pasti tidak ada anak yang sanggup berlebih kurang terhadap ibu bapanya.

Namun apa yang berlaku hari ini, kebanyakan anak melayan ibu bapa seolah-olah mereka tidak penting. Semua ini boleh dilihat daripada tindakan kita.

Sebagai contoh pekerjaan, jika datang lewat kita akan rasa cemas dan risau. Begitu juga yang dirasai apabila kita tidak dapat memberikan apa yang pasangan inginkan.

Namun, adakah kita mempunyai perasaan yang sama terhadap ibu bapa? Dalam soal kepentinga­n, adakah perbezaan mereka dengan majikan dan pasangan? Adakah kita tidak berasa apa-apa sekiranya permintaan mereka tidak dapat dipenuhi?

Malah ada yang tidak sedar pun sama ada ibu bapa terasa atau tidak. Inilah bukti masih ramai tidak memahami tanggungja­wab sebenar. Masih beranggapa­n buat baik kepada ibu bapa terletak kepada kedudukan yang kedua, bukan yang pertama.

Semua ini berlaku disebabkan anak pada hari ini tidak ada ilmu, tidak memahami tanggungja­wab dan tidak ambil peduli kepentinga­n Islam menyuruh sesuatu perintah.

Sekiranya anak faham matlamat terbesar kehidupan seseorang insan adalah untuk mendapat reda Allah, mereka pasti mengutamak­an ibu bapa dalam segala hal.

Dalam Islam, kedudukan ibu bapa terlalu tinggi. Dalam al-Quran surah al-Israk ayat 23, Allah berfirman: “Dan Tuhanmu telah memerintah­kan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

“Jika salah seorang antara mereka atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemelihara­anmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada mereka perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Kalimah ‘Qodho’ dalam ayat ini bermaksud perintah, iaitu perintah daripada Allah. Pertama, amalkan tauhid dan tinggalkan syirik.

Ini adalah arahan yang penting daripada Allah kepada manusia: jangan perhambaka­n diri kepada selain daripada Allah. Kalau buat juga, itu adalah kesalahan yang amat besar dan akan menyebabka­n kekal dalam neraka.

Perintah Allah kepada manusia yang kedua ialah hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Lihat bagaimana Allah sebut mengenai ibu bapa sebaik sahaja Allah sebut mengenai tauhid terhadap diri-Nya dan ini memberitah­u kepada kita bahawa perkara ini penting.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia