Harian Metro

Geram sikap miang kakak

-

Saya bergaduh dengan kakak kerana hal teman lelaki. Saya sudah lama menjalin hubungan dengan kekasih sejak di sekolah menengah lagi.

Kakak pula mengenali kekasih saya sejak dia menemani saya menguruska­n rumah sewa.

Kakak sengaja ‘menggedik’ dan menggoda teman lelaki di luar pengetahua­n saya. Mujurlah teman lelaki berkongsi mesej di laman sosial mengenai butiran perbualan mereka.

Saya panas hati dan memberi kata-kata ugutan kepada kakak mengenai sikap miangnya itu, menggoda kekasih.

Saya bercadang ingin bertunang dan berkahwin pada tahun ini. Namun, ibu meminta saya menangguhk­an kerana mahu kakak berkahwin dulu.

Meskipun sedikit hampa saya sanggup berkorban demi kakak. Tidak sangka kebaikan itu ibaratnya dibalas tuba oleh kakak. Saya meminta ibu menegur selain merestui perancanga­n saya bersama kekasih untuk bernikah segera. Adakah tindakan saya marahkan kakak kerana cuba mengganggu teman lelaki satu kesalahan?

ALIN Kuala Lumpur

Saudari sepatutnya berbincang dengan ibu mengenai sikap kakak yang menggoda teman lelaki adik.

Meskipun saudari pernah memberi amaran mengenai perasaan kurang senang dengan sikapnya. Ibaratnya setiap hamburan kemarahan itu ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Tidak meninggalk­an kesan.

Justeru penting untuk ibu dan saudari berbincang. Tambah pula ibu keberatan merestui hasrat saudari dan teman lelaki bertunang, dia seharusnya mengambil inisiatif menegur kakak.

Andai ibu mengambil sikap tidak endah pastinya konflik hubungan saudari dengan kakak bertambah rumit.

Pujuk ibu membenarka­n saudari dan teman lelaki mempunyai status hubungan lebih terjamin iaitu tunang mahupun menjadi pasangan suami isteri.

Mujurlah teman lelaki bersikap serius dan berasa kurang selesa dengan sikap kakak yang dilihat cuba meraih perhatiann­ya. Dalam soal ini selain ibu, saudari cuba dapatkan sokongan bapa mahupun wali yang mampu menasihati ibu supaya lebih bertimbang rasa terhadap saudari dan teman lelaki.

Bukankah jodoh itu terletak di tangan Allah dan sesuatu dituntut dalam Islam untuk segera mendirikan perkahwina­n bagi mengelak masalah lain antaranya maksiat dalam sesuatu hubungan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia