Harian Metro

KUAT SEMANGAT HADAPI CABARAN

-

dan angin kencang dengan suhu sejuk sehingga negatif lima darjah Celsius, tetapi ia tidak mematahkan semangat saya bersama peserta lain.

“Kami berjaya mengharung­i cabaran yang menuntut kekuatan fizikal dan mental dengan menamatkan misi dan saya terharu berjaya mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak terbabit bersama semua peserta,” katanya.

Selain itu, Hafizah turut meminati motosikal berkuasa tinggi dan berjaya memiliki jentera idamannya dengan hasil titik peluhnya selepas memasuki alam pekerjaan.

Hafizah berkata, dia menyertai aktiviti permotoran sejak 2014 dan memilih jentera Yamaha

XJ6 sebagai motosikal kuasa tinggi pilihan kerana senang dikendalik­an.

“Saya memang meminati motosikal kuasa tinggi sejak di bangku sekolah lagi dan bersyukur dapat mencapai impian untuk memiliki kenderaan itu selepas mempunyai pekerjaan tetap.

“Biasanya pada masa lapang saya mengikuti konvoi bersama rakan terutamany­a dari Bomba Bikers Club dan antara konvoi paling jauh disertai adalah ke Phuket, Thailand.

“Saya juga suka melancong dan melakukan aktiviti menyelam. Oleh itu tempat yang kerap menjadi pilihan berkonvoi dan melancong adalah pulau bagi memudahkan saya melakukan semua aktiviti yang diminati dalam satu masa,” katanya.

Menurutnya, walaupun banyak menghabisk­an masa lapang dengan melakukan aktiviti lasak dia tetap mengutamak­an kerjayanya bagi memastikan amanah yang dipikul dapat dilaksanak­an dengan baik.

 ??  ??
 ??  ?? HAFIZAH menyertai ekspedisi tawan puncak Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal.
HAFIZAH menyertai ekspedisi tawan puncak Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal.
 ??  ?? HAFIZAH berkonvoi motosikal kuasa tinggi.
HAFIZAH berkonvoi motosikal kuasa tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia