Harian Metro

BAHAYA ANAK GEMUK

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Tiga juta kanak-kanak hidap NCD termasuk kegemukan

Dua puluh peratus atau tiga juta kanak-kanak di negara ini dikesan menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk kegemukan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, kajian melalui ujian saringan darah di klinik kesihatan di seluruh negara sejak Januari hingga November tahun ini mendapati, ancaman NCD terhadap kanak-kanak adalah membimbang­kan.

Katanya, 10 peratus membabitka­n 1.5 juta kanak-kanak di negara ini mempunyai masalah kegemukan.

“Mereka cenderung menghidap kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi yang dikategori­kan sebagai NCD.

“Faktor penyumbang utama ialah amalan pemakanan kurang sihat seperti gemar minuman berkarbona­t, pengambila­n kandungan kanji tinggi dalam pemakanan dan kurang bersenam.

“Itu ialah faktor utama penyumbang NCD dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia seawal usia lima tahun selain penyakit diwarisi daripada keluarga,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Segamat 2017 di Klinik Kesihatan Segamat di sini, semalam.

Program anjuran bersama Jawatankua­sa Penyelaras­an Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Jabatan Kesihatan Daerah Segamat dan UMNO Bahagian Segamat.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Segamat Senator Zahari Sarip, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap Norshida Ibrahim dan Pengarah Hospital Segamat Dr Mokhtar Ahmad.

Subramania­m berkata, sehubungan itu, kementeria­nnya mengadakan program untuk menjalani pemeriksaa­n bagi mengesan NCD terhadap kanak-kanak melalui aktiviti kemasyarak­atan termasuk khatan beramai-ramai membabitka­n peserta bawah 12 tahun.

Katanya, terdapat kes kanak-kanak berusia usia lima tahun mengalami NCD dan meninggal dunia beberapa bulan kemudianny­a kerana mempunyai kandungan gula dalam badan yang tinggi disebabkan pengambila­n air berkarbona­t setiap hari.

Dalam pada itu, Zahari berkata, 84 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 12 tahun dalam Parlimen Segamat menyertai program berkhatan secara percuma berkenaan.

 ??  ?? TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (tengah) bersama peserta Program Khatan Perdana 2017 di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, Muar.
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (tengah) bersama peserta Program Khatan Perdana 2017 di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, Muar.
 ??  ?? RAZALI (kiri) memandikan peserta program dengan hos bomba.
RAZALI (kiri) memandikan peserta program dengan hos bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia