Harian Metro

Kesedaran penyakit hepatitis kurang

-

Kota Bharu: Kesedaran dalam kalangan masyarakat di Kelantan mengenai bahaya penyakit hepatitis B dan C masih berada pada tahap kurang memuaskan.

Pengerusi Kelab Gastroente­rohepatolo­gi Pantai Timur Datuk Dr Rosemi Salleh berkata, berdasarka­n kajian dalam kalangan kakitangan dan pengamal perubatan di negeri ini, hanya 40 peratus tahu mengenai penyakit itu.

“Terdapat lima virus hepatitis iaitu A, B, C, D dan E, namun bagi hepatitis B dan C yang tidak dirawat, ia akan mengakibat­kan penyakit kanser hati kronik yang memberi kesan ekonomi dan beban penyakit yang tinggi kepada negara.

“Dalam setahun, kerajaan memperuntu­kkan RM25,000 hingga RM50,000 bagi kos ubat-ubatan untuk seorang pesakit hepatitis B dan C, namun tidak semua pesakit menerimany­a kerana ada kriteria yang dinilai antaranya peluang untuk sembuh. “Penyakit hepatitis senang dikesan, namun sukar untuk diubati disebabkan kos perubatann­ya yang tinggi.

“Oleh itu, kesedaran amat penting supaya pesakit mendapatka­n rawatan awal untuk mencegah penyakit itu lebih serius,” katanya selepas Sambutan Hari Hepatitis Peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Mohd Azman Yaakob.

Menurutnya, berdasarka­n laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2015, seramai 257 juta orang dijangkiti virus hepatitis B manakala 71 juta lagi hepatitis C.

“Namun dengan peredaran masa dan teknologi terkini, terdapat rawatan berkesan untuk mengawal penyakit hepatitis B serta C. Menyahut seruan WHO, virus penyakit ini dan penyakit berjangkit lain akan dapat dikurangka­n pada 2030,” katanya.

 ??  ?? DR Rosemi (kiri) bersama sebahagian jururawat yang hadir sempena Sambutan Hari Hepatitis Peringkat Negeri Kelantan.
DR Rosemi (kiri) bersama sebahagian jururawat yang hadir sempena Sambutan Hari Hepatitis Peringkat Negeri Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia