Harian Metro

Tiga anggota polis tembak ahli perniagaan dicekup

-

Kuantan: Tiga anggota polis ditahan selepas dipercayai tebabit menembak dan cuba menyamun ahli perniagaan di rumahnya di Jaya Gading, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa lelaki berusia 40 tahun dikatakan terserempa­k dengan kumpulan suspek di dalam rumahnya sebelum seorang daripada tiga lelaki terbabit melepaskan tembakan yang mengenai leher mangsa.

Akibat tembakan itu, mangsa rebah tidak sedarkan diri sebelum semua lelaki terbabit melarikan diri menggunaka­n Perodua Axia.

Menurut sumber polis, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) oleh ahli keluargany­a dan kini dirawat di unit rawatan rapi selepas tidak sedarkan diri.

“Siasatan di tempat kejadian menemui dompet dipercayai milik seorang daripada suspek. Berdasarka­n penemuan itu, polis mengenal pasti semua suspek sebelum operasi mengesan mereka dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber berkata, tidak sampai tiga jam selepas kejadian, tiga suspek masing-masing dua bertugas di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan seorang di cawangan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ditahan bagi membantu siasatan.

Semua mereka berusia 25 hingga 30 tahun ditangkap antara jam 8 hingga 9 pagi dan akan direman bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati seorang anggota polis ditahan pernah positif dadah dan kami percaya tembakan dilepaskan mereka menggunaka­n senjata api milik Polis Diraja Malaysia,” kata sumber itu.

Difahamkan, semua suspek cuba menyamun mangsa selepas menyedari lelaki terbabit memiliki gudang penyimpana­n barang di daerah ini sebelum cubaan mereka gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tiga suspek berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

 ??  ?? ABDUL Aziz
ABDUL Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia