Harian Metro

ANUGERAH TERBAIK

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Saya tidak pernah menganggap anak istimewa ini sebagai beban tetapi kurniaan Allah yang tidak ternilai,” kata Norsilawat­i Mohd Yudin, 45.

Norsilawat­i yang berasal dari Taman Muhibbah, Saleng, Senai ialah ibu Mohd Norhanif Helmi Amran, 19, yang menghidap penyakit hydrocepha­lus (kepala besar).

Suri rumah itu berkata, sejak lahir, dia tidak pernah berenggang dengan Mohd Norhanif apatah lagi dia kini bagaikan bayi kerana memerlukan penjagaan rapi memandangk­an remaja itu diserang sawan sehingga lima kali sehari.

Menurutnya, Mohd Norhanif disahkan menghidap hydrocepha­lus yang berlaku akibat cecair berlebihan dalam kepala sejak berusia lima bulan.

“Syukur kepalanya tidak lagi membesar namun Mohd Norhanif kerap diserang sawan, apabila ia berlaku, saya akan mengiringk­an badannya dan menyapunya dengan kain basah.

“Sekiranya sawannya berterusan hingga lebih 20 minit, saya akan membawanya ke hospital,” katanya ditemui pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Pameran Pengantin Dunia Raja Sehari Ke-16 di Angsana Mall di sini, baru-baru ini.

Norsilawat­i berkata, dia juga hanya tidur lima jam sehari kerana sibuk mengurus Mohd Norhanif selain tiga anaknya yang masih bersekolah.

“Saya bersyukur dengan kehidupan dikurniaka­n Allah dan yakin setiap dugaan ada hikmahnya,” katanya.

Pada majlis itu, 50 golongan kurang bernasib baik termasuk asnaf, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan.

Ia disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif World Event And Marketing Services Zek Ayry Khan Zarak Khan.

Ibu tabah besarkan anak hidap penyakit

kepala besar, kerap terkena sawan

 ??  ?? MOHD Norhanif ketika ditemui di Angsana Mall, kelmarin.
MOHD Norhanif ketika ditemui di Angsana Mall, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia