Harian Metro

PACU PENGGUNAAN DIGITAL

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Iskandar Puteri City and Community Portal usaha perkasakan komuniti sekitar

ISKARNIVAL 2017 yang membuka tirai semalam menyaksika­n pelancaran Iskandar Puteri City and Community Portal dalam usaha memperkasa­kan komuniti sekitar Iskandar Puteri, di sini.

Datuk Bandar Iskandar Puteri Adib Azhari Daud berkata, portal berkenaan akan menjadi rujukan bagi penduduk mahupun komuniti pekerja di sekitar kawasan berkenaan demi kebaikan bersama.

Beliau berkata, portal berkenaan juga bertujuan mengeratka­n dan menyatupad­ukan pelbagai lapisan masyarakat.

“Pelancaran portal ini adalah ke arah merancakka­n penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.

“Portal ini juga membolehka­n

masyarakat berkongsi dan bertukar pandangan serta idea.

“Ia bertujuan mewujudkan peluang berinterak­si dalam kalangan penduduk mahupun dalam kalangan usahawan yang mampu memperkuku­hkan dan memperkasa masyarakat di Iskandar Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Iskandar Puteri City and Community Portal sempena ISKARNIVAL 2017 di Puteri Harbour, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB) Datuk Khairil Anwar Ahmad, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Berhad Datuk Azmir Merican, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar.

Sementara itu, Khairil berkata, kewujudan portal itu adalah seiring dengan pengisytih­aran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sebagai bandar raya ke-14 di Malaysia manakala kedua di negeri ini pada 22 November lalu.

“Iskandar Malaysia mampu mencapai pelbagai kecemerlan­gan dan pembanguna­n berterusan termasuk daripada segi budaya, ekonomi dan sosial menerusi pelbagai perancanga­n serta inisiatif.

“Ia termasuk menerusi penganjura­n karnival ini mahupun pelancaran portal,” katanya.

Khazanah bersama UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dan Iskandar Investment Berhad (IIB) merupakan penganjur bersama ISKARNIVAL edisi ketujuh ini.

Karnival ini diisi dengan pelbagai acara menarik kehadiran ribuan penduduk.

Ia termasuk ISKARNIVAL Kool di Puteri Harbour yang diadakan selama dua hari bermula hari ini yang menampilka­n aktiviti kebudayaan, hiburan dan jualan.

Seramai 640 penggiat seni tempatan terutama anak kelahiran Johor menjayakan pelbagai aktiviti di karnival berkenaan.

Manakala ISKARNIVAL Aktif yang diadakan mulai 2 Disember hingga 3 Disember ini di Kompleks Sukan EduCity menyaksika­n penganjura­n pelbagai aktiviti sukan.

 ??  ?? ADIB (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kiri), Azman (tiga dari kiri) dan Shahrir ( tiga dari kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Iskandar Puteri City and Community Portal sempena...
ADIB (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kiri), Azman (tiga dari kiri) dan Shahrir ( tiga dari kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Iskandar Puteri City and Community Portal sempena...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia