Harian Metro

BNM saran PKS struktur semula pembiayaan

-

Kuching: Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mengalami kesukaran dalam membayar balik pembiayaan diseru supaya melakukan proses penjaduala­n dan penstruktu­ran semula (R&R) bagi mengelakka­n tekanan kepada akaun masing-masing.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kewangan dan Perusahaan Bank Negara Malaysia (BNM) Marina Abdul Kahar berkata, langkah itu perlu dilakukan pada peringkat awal bagi memastikan tiada tindakan undang-undang diambil institusi perbankan.

“Pihak bank juga perlu sama membantu PKS yang mengalami masalah ini pada peringkat awal bagi memastikan ia tidak memberi kesan bukan saja kepada merekam malah PKS,” katanya pada Karnival Kewangan Sarawak 2017 di sini, semalam.

Data BNM menunjukka­n lebih 14,000 akaun PKS yang mengalami kesukaran dalam pembayaran balik pembiayaan itu dibantu melalui proses R&R dalam tempoh antara 2008 hingga 2016.

Beliau berkata, institusi perbankan kini agresif dalam membantu PKS melakukan proses R&R di mana 97 peratus daripada jumlah akaun berkenaan dibantu bank.

Menurutnya, BNM turut memberi bantuan kepada sejumlah akaun PKS yang mengalami tekanan itu dengan tiga peratus daripadany­a dibantu melalui Skim Penyelesai­an Pinjaman Kecil (SDRS).

“Melalui skim itu, kami berjaya membantu 1,042 akaun PKS yang memiliki nilai RM1.3 bilion dalam tempoh 2005 hingga 2017.

“Daripada jumlah itu, 56 peratus melakukan semakan semula ke atas akaun masing-masing manakala 73 peratus berjaya menyelesai­kan dan membayar jumlah pembiayaan yang mengalami masalah,” katanya.

Sementara itu, Karnival Kewangan Sarawak 2017 berjaya menarik kunjungan dalam kalangan penduduk setempat di mana mereka berpeluang mendapatka­n maklumat mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmat­an sedia ada yang boleh membantu dalam menguruska­n kewangan dengan lebih berkesan.

Acara yang disertai kira-kira 60 penyedia perkhidmat­an kewangan, persatuan dan agensi berkaitan berlangsun­g tiga hari bermula 24 hingga 26 November ini di Pusat Konvensyen CityOne, Kuching.

 ??  ?? ORANG ramai mengambil kesempatan mengunjung­i Karnival Kewangan Sarawak 2017 yang berlangsun­g
di Pusat Konvensyen CityOne, semalam.
ORANG ramai mengambil kesempatan mengunjung­i Karnival Kewangan Sarawak 2017 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen CityOne, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia