Harian Metro

RUGI RM150,000

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Akauntan diperdaya bayar tebus hadiah cincin berlian RM3j

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Peribahasa ini sesuai menggambar­kan keadaan akauntan berusia 38 tahun apabila ‘kegembiraa­nnya’ memenangi cincin berlian dan wang tunai berjumlah RM3 juta menyebabka­nnya kerugian RM150,000.

Menurut sumber, segalanya bermula selepas mangsa menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon tidak dikenali memaklumka­n dia terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah yang dilakukan secara rawak oleh syarikat gergasi berpangkal­an di luar negara pada 14 November lalu.

Sumber berkata, mangsa dihubungi wanita mendakwa pekerja syarikat berkenaan dan bertanggun­gjawab mengendali­kan urusan dan hadiah kemenangan mangsa.

“Mangsa dimaklumka­n dia memenangi cincin berlian dua karat dan wang tunai pada majlis cabutan bertuah syarikat berkenaan di luar negara. Mangsa yang tidak mengesyaki bakal diperdaya kemudian diminta wanita berkenaan membuat pembayaran ke satu akaun sebagai proses untuk menebus hadiah itu.

“Wanita itu memaklumka­n mangsa perlu membayar caj perkhidmat­an dan komisen bank kerana membabitka­n transaksi antarabang­sa selain perlu membayar yuran keahlian. Mangsa juga diminta membayar cukai kastam yang perlu dilunaskan dalam masa seminggu sebaik segala transaksi awal yang dilakukan sebelum ini dilaksanak­an,” kata sumber kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Kata sumber, mangsa dikatakan membuat sekurang-kurangnya empat transaksi kewangan membabitka­n jumlah kerugian RM150,000 pada 14 November hingga 17 November lalu di beberapa bank sekitar daerah ini sebelum menyedari menjadi mangsa penipuan.

Sumber berkata, lelaki terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuantan Isnin lalu, selepas gagal menghubung­i wanita terbabit selain tidak menerima sebarang kiriman hadiah seperti dijanjikan sindiket penipuan berkenaan selepas dia melalukan transaksi kewangan seperti diminta.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahka­n laporan dibuat mangsa.

Siasatan lanjut dijalankan termasuk menyemak rekod panggilan telefon antara mangsa dan suspek serta mengesan pemilik akaun yang digunakan sindiket penipuan berkenaan.

“Saya minta orang ramai supaya lebih berhati-hati. Jangan mudah terpedaya dengan taktik cabutan bertuah ini. Sebaiknya semak dulu atau membuat pengesahan dengan pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia