Harian Metro

Warga emas disamun dua lelaki

-

Kulim: Seorang wanita warga emas kerugian RM200 selepas disamun dua lelaki menyamar kakitangan sebuah syarikat pemusnah serangga yang berpura-pura ingin menyembur racun di rumahnya di Kampung Terap Batu 10, kelmarin.

Timah Hashim, 67, berkata, kejadian berlaku jam 4.30 petang apabila lelaki lingkungan 20-an itu datang dan berpura-pura ingin menyembur racun pemusnah serangga ketika sedang bersendiri­an di rumah.

Menurutnya, mereka datang dengan membawa tong penyembur racun serangga sebelum membuat pemeriksaa­n dan memaklumka­n kayu rumah rosak dimakan anai-anai.

“Malah, mereka mendakwa jika tidak disembur, kayu rumah akan rosak lebih teruk selain memberitah­u semburan itu percuma.

“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian membenarka­n seorang daripada mereka masuk ke dalam rumah untuk membuat kerja semburan itu sementara seorang lagi berbual dengan saya di luar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Timah berkata, selepas selesai, mereka berpesan supaya tunggu 15 minit sebelum masuk ke dalam rumah kononnya bahaya jika terhidu racun itu.

“Bagaimanap­un, sebaik masuk ke dalam rumah saya terkejut melihat keadaan rumah berselerak­an seperti diselongka­r.

“Saya kemudian memeriksa di dalam bilik tidur sebelum mendapati wang tunai RM200 dan kad ATM hilang lalu menghubung­i anak (Sobri Ahmad, 51) dan meminta bantuan jiran,” katanya.

Sementara itu, Sobri berkata, dia sering berpesan kepada ibunya ketika tinggal bersendiri­an supaya sentiasa berhati-hati jika didatangi orang tidak dikenali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia