Harian Metro

Tanah runtuh hampir timbus kediaman Orang Asli

-

Gua Musang: Kira-kira 50 penduduk Orang Asli di Kampung Sangwai, Lojing, di sini bertempiar­an menyelamat­kan diri selepas berlaku tanah runtuh yang hampir menimbus kediaman mereka, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, bagaimanap­un tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tanah runtuh yang berlaku 40 meter dari kediaman penduduk menyebabka­n tanaman milik penduduk Orang Asli musnah.

Kini, penduduk membabitka­n 30 keluarga itu terpaksa tinggal di Dewan Orang Ramai Kampung Sangwai kerana bimbang kejadian sama berulang berikutan hujan lebat di kawasan itu.

Johar John, 39, berkata, penduduk terpaksa meninggalk­an rumah untuk menyelamat­kan diri dan keluarga kerana khuatir tanah runtuh itu menimbus kediaman mereka.

Ini kali keempat tanah runtuh berlaku di kawasan itu sejak Selasa lalu dipercayai berpunca daripada aktiviti pembukaan kebun sayur di bukit berhampira­n.

“Kejadian terbaru petang semalam (kelmarin) memusnahka­n tanaman penduduk. Mujurlah penduduk sempat menyelamat­kan diri.

“Setakat ini tidak ada tindakan diambil pihak terbabit bagi menghalang kerja menyodok bukit itu walaupun laporan polis sudah dibuat 21 November lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Salina Anjang, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang memasak dan terpaksa meninggalk­an rumah dengan segera sebaik dimaklumka­n perkara itu.

“Saya masih trauma dan tidak berani pulang ke rumah. Setiap kali hujan, saya dan keluarga bimbang kejadian tanah runtuh berulang.

“Harapan saya supaya tindakan segera diambil,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penduduk Orang Asli di Kampung Sangwai, Lojing, berdepan risiko hilang penempatan susulan tanah runtuh yang dipercayai berlaku akibat pembukaan kebun sayur sejak tiga bulan lalu.

Selain kampung itu, sembilan perkampung­an etnik berkenaan yang terdapat di sekitar Lojing turut menghadapi risiko sama.

 ??  ?? PENDUDUK melihat anak Sungai Belatop ditimbus tanah dari bukit runtuh di Kampung Sangwai, Lojing.
PENDUDUK melihat anak Sungai Belatop ditimbus tanah dari bukit runtuh di Kampung Sangwai, Lojing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia